+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Apakah Penyusuan Susu Ibu Eksklusif
Mother breast feeding baby on sofa

Apakah Penyusuan Susu Ibu Eksklusif

Oleh Puan Suraya Ali,
www.surayaali.com
Perunding Laktasi Lunatots.

Penyusuan susu ibu ialah perbuatan menyusukan anak dengan susu ibu melalui payudara dan bukannya daripada botol susu (walaupun diisi dengan susu ibu).

Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

Walaubagaimanapun ubat dan oral rehydration salts (ORS) boleh diberikan kepada bayi yang menyusu secara eksklusif (sekiranya perlu).

Bayi perlu diberikan makanan yang berkhasiat ketika usianya 6 bulan. Makanan yang diberikan perlulah seimbang dengan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu masih diteruskan.
Pada ketika ini, penyusuan susu ibu bukan lagi penyusuan eksklusif.

Penyusuan susu ibu dicadangkan untuk diteruskan selama 2 tahun (atau lebih). Ianya bukan lagi penyusuan eksklusif selepas bayi berusia 6 bulan kerana beliau sudah mula bersedia untuk menerima makanan lain selain susu ibu.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart