You are currently viewing Breastfeeding Husband : Tiga(3) Cara Breastfeeding Husband boleh Membantu Isteri yang Menyusu

Breastfeeding Husband : Tiga(3) Cara Breastfeeding Husband boleh Membantu Isteri yang Menyusu

Apakah itu breastfeeding husband ?

Ramai juga Google carian untuk keyword breastfeeding husband.

Ianya adalah terma untuk para suami yang membantu isteri nya menyusukan anak mereka.
Memang menyusukan bayi biasanya dilakukan oleh ibu tapi tahukah anda yang lelaki juga boleh menyusukan?

Secara fisiologinya, lelaki boleh menyusukan anak mereka.
Lelaki juga memiliki kelenjar mamari serta hormon oksitosin dan prolaktin iaitu hormon untuk menghasilkan susu.

Cuma pada kebiasaannya tugas penyusuan diserahkan kepada kaum ibu.
Dan para bapa menjadi tulang belakang yang menyokong perjuangan isteri mereka.

Pastinya sumbangan breastfeeding husband iaitu para suami ini tidak kecil dan tidak boleh dipandang mudah.

Tiga Cara Bagaimana Breastfeeding Husband boleh Membantu Isteri Mereka Menjayakan Penyusuan :

Pertama #1 Breastfeeding Husband Temankan Isteri ke Kelas Penyusuan

Sebagai seorang isteri dan juga konsultan susu ibu, kami sangat mencadangkan suami menemani isteri.
Kelas Penyusuan elok dihadiri semasa mengandung.
Ianya sebagai persediaan mental dan fizikal menghadapi proses penyusuan.

Proses kehamilan ialah 9 bulan.
Proses kelahiran mungkin mengambil masa 2 hari.
Penyusuan ialah selama 2 tahun dan sangat penting untuk tumbesaran bayi.

Kesemua proses diatas memerlukan ilmu untuk melaluinya. 

Kelas penyusuan susu ibu dianjurkan di Lunatots setiap bulan.
Ianya akan menceritakan expectation perjalanan penyusuan bermulalah dari mengandung sehinggalah baby berusia 2 bulan.

Lengkap.
Ilmu dan pengalaman serta trick and tips.

Macam shortcut untuk ibu dan bapa menyusukan anak mereka bila anak lahir nanti.

Bila baby dah lahir nanti, breastfeeding husband boleh ingatkan isteri mereka info dalam kelas.

breastfeeding husband

Kedua #2 Basuhkan Peralatan Penyusuan

Peralatan penyusuan seperti corong pam dan botol susu perlu dibasuh setiap hari.
Jika suami bantu, mudahlah untuk isteri.

Isteri bekerja kena pam susu 3 jam sekali di tempat kerja.
Bila balik rumah, susu yang dipam tadi dimasukkan kedalam peti ais.

Biasa ibu terus melayan anak yang mahukan perhatian.

Botol yang kosong dari rumah pengasuh pun banyak.
Jika sang ayah membantu membasuh peralatan yang dibawa pulang dari pejabat, memang membantu!

Pagi-pagi juga suami boleh bantu isteri masukkan barang-barang pam ke dalam cooler bag untuk dibawa ke tempat kerja.

Ini sekadar cadangan ya —

Sebab selalunya suami memang mahu bantu isteri cuma tidak tahu bagaimana.
Semoga tips ini membantu ibu dan ayah menjayakan penyusuan susu ibu untuk bayi mereka.

 

Ketiga #3 Bantu Layankan Anak-anak Yang Lebih Besar

Gambar sumber Google.com

Comelkan gambar dibawah.
Tapi sang ayah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu kan haha.

Breastfeeding husband boleh bantu isteri mereka yang menyusukan bayi dengan cara melayan anak-anak yang lebih besar.
Ajak mereka buat aktiviti lain di bilik lain.

Dengan cara ini anak-anak tidak berebut perhatian ibu yang sedang menyusukan baby.

breastfeeding husband

Beri anak-anak ini buku atau permainan dan jangan lupa main bersama ya!
Bermain bersama dapat merangsangkan minda dan dalam masa yang sama merapatkan bonding sesama ayah dan anak.

Jom tonton video ni.

Lisa Surihani hamil anak kedua dan kelihatan jelita.
Beliau banyak ilmu tentang susu ibu.

Ilmu penyusuan semakin mendapat perhatian di Malaysia.
Tahniah!

Salam sayang dari keluarga Lunatots

Banyak artikel best-best tentang susu ibu dan breastfeeding tips di blog ini tau.
Nak elakkan susu sikit? Baca disini.

breastfeeding husband

Nak buat bacaan tentang milk booster untuk ibu ambil? Klik sini.

Breast bengkak dan nak cari bantuan? Baca disini.

Leave a Reply