You are currently viewing Ibu-ibu Pilih Breast Pump Yang Mana Satu?

Ibu-ibu Pilih Breast Pump Yang Mana Satu?

Ibu-ibu pening nak pilih breast pump yang mana satu untuk kelahiran pertama anak anda? Dengan kewujudan pelbagai artikel yang lebih kurang sama, Cik Luna hanya akan tekankan kepada ibu-ibu faktor-faktor penting sebelum membuat pertimbangan nak beli electric breast pump atau pam susu elektrik ya. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya 😉


Nak Pilih Breast Pump yang Mana Satu?

Pilih Breast Pump Yang Mana Satu-1
image from https://www.todaysparent.com/

Macam mana tak pening? Jenis breast pump sahaja ada macam-macam. Daripada single pump ke dual pump; berkuasa elektrik dan automatik ataupun semi automatik (masih kena guna kudrat sendiri); besar ke kecil; panjang ke pendek; dan sebagainya.

Ibu-ibu milenial zaman sekarang adalah wanita yang sentiasa kena bergerak pantas. Tidak kira sama ada anda adalah ibu yang bekerja di dalam pejabat, mahupun yang selalu berada di luar panas matahari seharian.

Makanya, faktor yang paling utama dalam pemilihan breastpump terbaik sepanjang masa untuk ibu-ibu milenial adalah mobiliti.

___

Pilih breast pump yang mana satu: Mobiliti

Saiz yang kecil

Sekecil mana breast pump elektrik yang ibu-ibu diluar sana perlu mencari di pasaran?

Tidak mustahil dengan kemajuan yang dicapai sekarang, ada pam susu elektrik muat-muat tapak tangan sahaja. Besar gedabak pun tak sesuai; al maklumlah bila dah jadi mak-mak ni, macam-macam kita isi dalam tu. Kadang-kadang sanggup kita pikul beg lain-lain usung kesana-sini; satu handbag yang kita isi compact powder, kunci kereta, lipstik dan seumpama dengannya dan satu lagi beg untuk keperluan menyusu.

Lagi kecil saiz pam susu, lagi banyak botol susu atau beg ziplock untuk tadah susu yang kita boleh isi kan ibu-ibu? Hehehe…

___

Ringan untuk dibawa bersama sepanjang masa

Pilih breast pump yang mana satu-2
Kalau boleh, nak seringan bulu pelepah. Boleh?

Okay.

Tadi Cik Luna kata saiz yang kecil elok kan? Kali ini, ambil kira faktor berat pam susu itu juga.

Cik Luna pasti, kebanyakan ibu sekarang juga ada power bank untuk smart phone masing-masing kan? Dan semestinya ianya bersaiz kecil supaya muat dimasukkan bersama di dalam handbag dengan phone tadi kan?

Tapi, adakah bahu kita terasa sakit? Rasa macam sikit dan kecil sahaja barang-barang dalam beg itu tadi kan?

Kalau dalam kes Cik Luna, Cik Luna tahu yang benda paling berat dalam beg tangan Cik Luna sendiri adalah power bank, biarpun ianya kecil.

Berbalik kepada breast pump semula. Sekali lagi Cik Luna ingin tekankan, dengan kemajuan teknologi sekarang, gajet juga semakin mengecil dan ringan kerana para pencipta mengambil kira juga dengan tahap keselesaan prospek-prospek pelanggannya. Jadi, pam susu elektrik juga ada yang sangat ringan, dalam 250g ke bawah.

Kalau tak pasti 250g tu berat ia macam mana, cuba cari sesetengah food packaging kalau ibu-ibu ada di pasaraya. Dekat label ada tertulis berat. Timbang dengan tangan, test sendiri berat-tak berat. Hahahaha~

___

Tahan lasak

Pilih breast pump yang mana satu-3

Umumnya, 2 tahun berturut-turut adalah tempoh masa yang optimum untuk ibu yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Jadi, seperti gajet elektronik yang lain, semestinya pam susu elektrik juga perlu boleh tahan lama untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh tersebut.

Tapi kan, kalau ibu-ibu pandai jaga pam susu elektrik elok-elok, ia boleh tahan lebih lama! In case kalau ibu-ibu ada rezeki dapat anak lebih di kemudian hari, kebanyakan produk pam susu sekarang ada menyediakan khidmat servis dan maintenance bagi tujuan ini. Kalau nak servis berkala macam servis barang elektronik lain dalam tempoh tertentu pun boleh.

Macam mana nak bagi pam susu ini tahan lebih lama? Komponen-komponen kecil dan selalu berisi cecair seperti getah tiub, corong hendaklah dibersihkan selalu.

Bahagian yang sensitif dan lembut seperti backflow adapter, injap atau valve hendaklah dikendalikan dengan lembut juga. Ganas-ganas sental benda tu takut terkoyak pula nanti. Satu hal pula nak cari spare part kalau dah rosak, kan?

Cara pasang komponen-komponen itu tadi juga perlu kita berikan perhatian. Contoh macam backflow adapter. Dah nama pun backflow adapater, semestinya fungsinya supaya susu ibu yang dipam tidak mengalir ke pam semula. Sebab itu salah satu sebab pam menjadi rosak adalah kerana salah pasang komponen itu tadi; susu ibu (cecair) masuk ke bahagian motor pam. Ingat ya, air dan gajet bukan kawan baik 🙂

___

Bateri pam tahan lama

Pilih breast pump yang mana satu-4
Sama sahaja dilemanya untuk mana-mana gajet yang menggunakan rechargeable battery…

Ibu-ibu yang selalu kena outstation terutamanya pasti akan ada dilema sebegini. Lebih mengerikan jika berada di tempat yang tiada power outlet untuk charge pam susu tersebut.

Tiada tempat juga nak mengecas? Jika anda terfikir untuk marmet sahaja, pertimbangkan juga tenaga yang perlu digunakan dan masa yang perlu dihabiskan untuk perah secara manual sahaja dalam situasi sebegini. Tak menang tangan ibu-ibu nak berkejar ke sana-ke mari nanti. Teknologi direka untuk memudahkan, bukan menyusahkan ya 😉

Jangan risau ya ibu-ibu. Pam susu elektrik moden sekarang yang bagus adalah jenis yang boleh di charge penuh terlebih dahulu. Alah, macam kita punya power bank dalam handbag tu?

Ataupun, ada satu lagi feature yang menarik bila sentuh tentang kelebihan mobiliti pada breast pump elektrik ini, terutamanya buat ibu-ibu yang hampir setiap hari di hidupnya dihabiskan di dalam kereta. Ada jenis rekaan pam susu yang kita boleh charge on the go dalam kereta juga. Ibu-ibu hanya perlu menukar hujung wayar outlet (jika disediakan) ataupun cari di pasaran adapter untuk outlet yang sesuai dengan pam susu anda.

Dalam kereta kan kita boleh charge smartphone kita dekat tempat pencucuh rokok jika kita ada adapter yang sesuai. Kadang-kadang, power adapter breast pump mungkin bukan berupa usb seperti phone kita. Dekat kedai-kedai elektronik yang besar selalu ada jual adapter yang sesuai untuk saiz dan bentuk yang unik untuk dipadankan dengan usb itu tadi. Cari dekat kedai online pun mungkin ada.

Tapi ingat ibu-ibu! Bukan semua pam yang kita boleh charge dekat dalam kereta ya. Pastikan pam tersebut memang ada claim yang ianya sesuai juga untuk di charge dalam kereta. Pam susu yang free volt yang paling sesuai dalam keadaan ini.

*Ataupun, semak dengan pengeluar pam jika ada dijual charger sebegini terus.

___

Di entri kali ini. Cik Luna hanya sentuh tentang ciri mobiliti yang kena ada pada pam susu elektrik zaman sekarang. Ibu-ibu bila nak buat pertimbangan dalam aspek lain, boleh juga kalau ibu hadamkan entri Cik Luna terdahulu. [klik di sini]

Salah satu pam susu terbaik dan mampu milik untuk semua adalah Cimilre F1. Apa yang Cik Luna sebut tadi ada ciri-cirinya pada breast pump ini ya 😉 [klik di sini].


Sekian sahaja dari Cik Luna. Jumpa lagi di entri akan datang ya 😉

Leave a Reply