+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Nak Tambah Susu Badan : Tolong Saya, Susu Saya Sikit!

Nak Tambah Susu Badan : Tolong Saya, Susu Saya Sikit!

Nak Tambah Susu Badan : Tolong Saya, Susu Saya Sikit!

Bukan sedikit ibu mengadu tentang susunya yang semakin sedikit dan mahu bantuan nak tambah susu badan. Ibu menyusu pasti memahami perasaan ibu lain yang mahu menyusukan anak sehingga umur 2 tahun (kalau boleh) dan tak mahu anak ambil susu formula.
Risaunya didalam hati, Tuhan sahaja yang tahu bila susu ibu makin berkurangan.

Laman portal Lunatots adalah untuk membantu ibu-ibu mengenalpasti dan mendapatkan sebanyak mungkin ilmu kehamilan, berpantang, penyusuan dan keibubapaan.

Terdapat beberapa fasa yang mungkin ibu merasakan susunya semakin berkurangan atau sedikit (sikit). Untuk kali ini, kita kena kenalpasti fasa susu yang mungkin dirasakan sedikit

NAK TAMBAH SUSU BADAN
FASA PERTAMA : SEMASA MENGANDUNG

Tidak dinafikan, awareness mengenai penyusuan yang semakin meluas membuatkan ibu mengandung mula bersedia untuk menyusukan.
Beberapa orang ibu risau sekiranya susu beliau tidak keluar dari puting di penghujung kehamilan.
Soalan mereka ialah “Adakah ianya petanda saya tidak akan ada cukup susu untuk menyusukan anak nanti?”

Susu yang keluar semasa kita mengandung dipanggil prepartum milk. Ianya adalah lebihan yang keluar dalam bentuk cecair pekat dan mungkin keluar (atau tidak) bagi sesetengah ibu.
Sekiranya ada ibu yang mengalaminya, cuci puting dengan air paip biasa tanpa sabun setiap kali mandi. Bersihkannya dengan lembut dan tak perlu guna berus.

 

Bagi ibu yang tidak mengalaminya pula, tidak mengapa. Ia bukan petanda ibu tidak dapat menyusukan bayi nanti.
Hormon dan bentuk badan ibu berbeza kan?

Teruskan makan dengan sihat dan menjalani cara hidup sihat seperti minum air masak dengan banyak untuk nak tambah susu.
Amalkan pengambilan kurma yang dapat membantu memudahkan proses bersalin seterusnya proses menyusukan bayi.

Nak Tambah Susu


FASA KEDUA : HARI AWAL- AWAL MELAHIRKAN

Ketika ini, bayi kerap menangis (bergantung kepada bayi dan faktor-faktor lain). Tahukah ibu, faktor cara kelahiran juga mempengaruhi kondisi bayi selepas lahir. Sama seperti emosi ibu semasa mengandung. Maksudnya, bila bayi kerap menangis selepas lahir, ia bukan petanda ibu tidak cukup susu.

Susu di awal kelahiran dipanggil kolustrum yang sangat baik untuk bayi. Ia mengandungi tinggi khasiat seperti protin, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan antibodi yang membantu melawan virus dan bakteria terutama di awal kelahiran. Warnanya kuning pekat dan bukan keluar dalam jumlah yang banyak.

Nak Tambah Susu badan

Gambar dari bestforbabes.org

Gambar menunjukkan perbezaan antara kolustrum dan susu ibu yang mula keluar selepas hari ke empat bayi.

Sebenarnya, ibu tidak akan nampak bagaimana rupa kolustrum kerana sebaik sahaja baby lahir, ibu akan terus menyusukan baby setiap 2 jam.
Bagi ibu-ibu yang mungkin perlu berpisah dengan bayi kerana keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan, ibu perlu mengepam susu setiap 2 jam dan memberikannya kepada pihak hospital supaya dapat diberi kepada baby.
Dalam masa yang sama, ibu dapat merangsang pengeluaran susu untuk dihasilkan dengan lebih banyak.

Sekiranya bayi meragam dan kerap menangis, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk nak tambah susu badan.
Namun penyusuan susu ibu masih diteruskan ya. Bersabar dan bertenang.

Emosi ibu dan bayi saling berkait. Sekiranya ibu gelisah dan tidak percaya bahawa susunya cukup untuk bayi, bayi dapat merasakannya dan akan lebih meragam. Hebat kan kuasa seorang ibu?

Lagi ibu rasa susu ibu kurang?
Lagi kerap susukan baby. Itulah formulanya!

Macamana nak tambah susu masa susu ibu sikit? Klik disini

FASA KETIGA : SEBELUM MASUK BEKERJA

Inipun fasa penting yang ibu mula merasakan susunya kurang. Semakin menghampiri hari untuk masuk bekerja, ibu perlu buat stok susu beku.
Biasanya kita panggil Expressed Breastmilk (EBM).

Badan ibu ini ada sistem, jika kita tak pernah mengepam sepanjang tempoh berpantang (walaupun menyusu baby sepenuhnya setiap 2 jam) dan baru mahu mula mengepam susu seminggu sebelum masuk kerja — badan tak biasa. Ia akan hasilkan susu yang sedikit (dimata kita).
Tambah pula baby semakin manja dan mahu menyusu sentiasa. Lagilah ibu rasa serba tak kena.

Cara-cara mengatasi masalah ini sebelum ianya berlaku ialah — mulakan mengepam susu awal iaitu sewaktu baby seminggu dilahirkan. Terus beli pam susu waktu ni dan mengepam setiap kali waktu baby tidur.

Tapi katakanlah ibu-ibu jumpa artikel ni waktu lagi seminggu nak masuk kerja. Tak apa ibu. Sabar dan berusaha.
Pam susu setiap 3 jam sewaktu siang dan ambil waktu malam dari pukul 12 malam sehingga 6 pagi untuk mengepam susu selang 3 jam.

Jangan lupa minum air masak dengan mencukupi dan makan dengan sihat.
Banyakkan sayur didalam hidangan dan pengambilan supplement juga penting. Badan ibu nak pakai lama kan?

milk-story


FASA KEEMPAT : SEWAKTU BABY BERUSIA 6 BULAN

Ramai juga ibu mengalami susu kurang sewaktu bayinya berusia 5 ke 6 bulan. Waktu ni bayi sudah mula aktif dan sangat suka bermain — jadi ada bayi yang semakin kurang menyusu sewaktu bersama ibunya.

Kadang tu waktu menyusu pun mereka menyusu dengan tidak efektif sebab sama-sama tengok cerita Korea dengan ibu di TV haha!

Bayi mula berminat dengan makanan dan ini juga boleh menyebabkan susu ibu semakin berkurangan. Ibu yang bekerja jangan skip waktu mengepam 3 jam sekali biarpun baby sudah minum kurang satu botol di rumah pengasuh kerana sudah makan.

Teruskan berazam untuk mengepam susu sampai baby berusia 2 tahun dan prinsip EBM iaitu susu perahan ini ialah “Biar banyak dan berlebih, jangan sampai tak cukup bekal untuk anak”

Susu juga boleh jadi berkurangan sekiranya ibu ataupun bayi tidak sihat. Kerana itu ibu kena sentiasa jaga kesihatan untuk nak tambah susu dan berdoa supaya susu ibu yang diberikan dapat membantu bayi mendapatkan permulaan yang terbaik.

Ibu lakukan power pumping dirumah dan dipejabat — ianya sangat membantu!

Selepas ini, ibu usah khuatir jika susu ibu berkurangan.
Prinsip supply and demand sangat penting untuk diamalkan iaitu semakin tinggi demand dari pam dan anak, semakin banyak susu akan dihasilkan.

Yang penting, ibu ada ilmu!
Baca tentang Bagaimana Meningkatkan Mutu Susu Ibu disini.

Bagaimana suami dapat membantu isteri yang menyusukan anak disini

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart