You are currently viewing Guna 10 Langkah Potty Train ini : Hanya 21 Hari Melatih Anak ke Tandas

Guna 10 Langkah Potty Train ini : Hanya 21 Hari Melatih Anak ke Tandas

Guna 10 Langkah Potty Train ini : Hanya 21 Hari Melatih Anak ke Tandas

 

Perkongsian Puan Khadijah Gani di FB beliau 
21 hari toilet training ( potty train ). Lulus tanpa ngompol.

Bagi menunaikan janji saya kepada seorang ibu yg bertanya sebelum ini, saya kongsikan di sini.

.

Teringat semasa fathi 5 tahun. Ada seorang ibu kepada anak kembar yg sebaya fathi semasa itu dan seorang lagi ibu kepada anak murid mengaji saya datang bertanya,

“Macamana akak ajar anak tak pakai pampers? Anak saya masih susah nak lucut pampers walaupun dah mula awal sampai nak masuk PRA sekolah dah tahun depan ni masih kencing malam dan asyik terkencing bila kita tak pakaikan pampers. Sekolah taknak terima budak yg masih pakai pampers. Risau saya.”

Masa itu, saya cuma menjawab, “Jangan marah anak kalau dia terkencing.”

Senyum.

.
.
.

Ada 10 langkah.
*Sila tarik nafas dalam dalam.

Langkah Potty Train #1
Terangkan kepada anak perubahan rutin yg bakal dibuat.

Berikan sedikit visi untuk dia bina motivasi diri.

Berinya rasa keterujaan. Belikan seluar kecil itu mengikut kartun kegemarannya. Biarkan dia memilih.

“Fahmi dah besar dah macam abang. Tak boleh pakai pampers lagi. Pampers untuk baby macam Adik farihin. Lepas ni fahmi kena buang air semua kat tandas tau. Mak akan ajar fahmi. Abang dengan kakak pun akan tolong fahmi. Bila dah tak pakai pampers nanti bolehlah fahmi ikut Abah dengan abang pergi masjid. Fahmi nak tak pergi masjid?”

Potty train

Fahmi dah besor. Pampers untuk adik farihin je. Semangatnya untuk berubah.

Dia excited! 😄 Ada visi terbina. Tujuan utama kenapa dia perlu berubah.

“Kalau gitu kita mulakan dengan beli seluar kecik fahmi yg ada gambor spiderman! Nak tak?”

Dia double triple excited! 😉 Ada ruang untuk dia memilih. Raikan kegemarannya.

Langkah #2 Potty Train
Mulakan toilet training hanya apabila anak nampak sudah bersedia dan kita juga sudah bersedia.

Bila?

Bila anak sudah boleh terima dan dengar arahan sematang usia 3 tahun. Dan kita juga bersedia untuk rajin menjadi “alarm”.

Ada yg bermula potty train lebih awal dari 3 tahun. Ada yg bermula hanya 4 tahun. Terpulang. Tidak terlalu awal atau telalu lambat, usia 3 tahun sematang usia bagi anak kecil.

Limitnya adalah sebelum masuk sekolah 5 tahun harus sudah tidak memakai pampers dan mampu basuh sendiri.

Lain anak berbeza tahap matangnya. Iaitu tahap dia mampu terima dan faham arahan / cakap kita ibubapanya. Bergantung pada individu.

Saya pernah test fahmi sejak 2.5 tahun lagi. Tapi dia masih belum boleh digest arahan yg diberikan (terkencing dalam seluar lebih dari 3 kali saya stop dulu).

Tambahan saya pula sibuk dengan banyak perkara dan sedang mengandung anak ke 4 (mudah penat & malas) jadi diri saya sendiri belum bersedia kerana itu saya tangguhkan lagi ke usianya 3 tahun.

Hanya selepas umurnya 3.5 tahun, dia hanya terkencing dalam seluar 2 Kali saja dan hari ke 3 tidak terkencing lagi, bermakna dia sudah bersedia. Maka, saya teruskan secara konsisten di Rumah. Tanpa keluar Rumah selama 21 hari.

Setiap anak berbeza tahap matangnya.

Fathi 3.5 tahun off pampers.
Fatihah 3 tahun off pampers.
(Tanpa terkencing malam)

Fahmi pula (anak ke 3) saya fikir mungkin sama seperti abangnya. Jadi, saya tak memaksa. Berikannya masa.

Dan ya. Anak perempuan lebih cepat matang sikit Dari anak lelaki. Kerana itu fatihah masuk 3 tahun genap dah boleh masuk bilik air sendiri dan cebok sendiri.

Langkah #3
Kita sendiri bersedia jadi “alarm” untuk bawa anak ke bilik air setiap 30 minit/sekali @ 45 minit/sekali @ 1 jam/sekali

Konsisten. Selama 7 hari pertama.

Jangan Tanya anak nak kencing ke tak? Tapi terus bawa anak ke bilik air untuk kencing.

Jika kita rajin bawa dia kencing tidak melebihi 1 jam sekali, insha Allah dia takkan terkencing dalam seluar tanpa sedar.

Jika anak jenis banyak minum air, bawa ke tandas setiap 30 minit.

Jika terkencing juga pun tak mengapa. No big deal. Uruskan, bersihkan seharusnya.

Penat?

Memang penat. Apalagi jika ada anak kecil lagi di bawahnya.

Tapi, adakala abang dan kakak sangat rajin menolong kita take over bawa adik ke tandas setiap sejam.

Errr, kakaklah (anak perempuan) yg lebih rajin & lebih caring berbanding anak lelaki. He he.. Adakala, abang lebih banyak buat rileksss saja. Hoho..

Langkah #4
Jangan sesekali marah atau cubit anak bila dia terkencing

*Ini sangat penting dalam potty train!

Saya selalu katakan begini,

Tak apa. Jangan menangis. Tak apa terkencing. Semua orang pun pernah terkencing dalam seluar masa kecik kecik dulu. Tak ada siapa yg terus pandai tak terkencing dalam seluar. Good job fahmi! Fahmi dah cuba bertahan. Nanti kita usaha lagi ok?”

Dan dia tersedu sedan menahan tangis. Dia tahu dia bersalah. Dia belum pandai lagi mengawalnya. Its ok.

Jika kita marah anak/cubit anak, itulah puncanya yg akan menyebabkan dia terkencing dalam seluar kerana menangis. Anak masih di peringkat awal latihan. Berilah sedikit masa dan ruang untuknya memperbaiki prestasi. 😉

* Sentiasa tenangkan anak bahawa itu bukanlah satu kesilapan. Itu adalah proses kita belajar sesuatu daripada tak boleh, lama lama berlatih pasti akan jadi boleh! Usaha dan usaha lagi..! Tak perlu mengharapkan hasilnya dalam sekelip mata.

Langkah #5
Sentiasa puji usaha anak

*Ini juga sangat penting!

Setiap kali dia bersama kita ke bilik air dan kencing setiap 1 jam sekali, semasa mencebokkannya saya ucapkan,

 

“Good job fahmi!”

Dengan nada riang ria aidilfitri. Dan semasa mengajarkannya memakai seluar sendiri puji sekali lagi usahanya dengan gesture 👍 dan ini

Biasanya, dia akan ajuk kembali nada riang ria aidilfitri saya itu dengan memuji adiknya pula atau sesiapa saja yg dilihatnya.

“Good job Farihin!” 👏👍 katanya.

Adiknya terpinga pinga. 😁

“Farihin good job sebab dia minum susu mak dengan bagus. Good job!” Katanya kembali.

( Huhu.. Maknya pun tak pernah puji farihin sebegitu rupa..)

*Dia belajar untuk melihat usaha seseorang yg positif.
Hanya apabila kita sentiasa melihat dan appreciate setiap satu usahanya yg positif!

Umpama cermin. Banyak kita memuji, lebih banyak dia memuji dan memilih untuk terus positif dengan orang sekelilingnya.

Besar impak bahasa dan tindakan seorang ibu ayah dalam kehidupan seorang anak kecil.

Kerana itu saya tekankan, jangan marah / cubit anak bila dia terkencing dalam seluar.

Pernah sekali, saya terleka menonton TV sebentar. Fahmi dah boleh ke bilik air sendiri dan basuh sendiri. Dia keluar dan bertanya,

“Mak, mana good job mi?”

Eh… Alamak sori.. Mak terlupa. 😷

Langkah #6
Dalam masa 7 hari pertama itu secara konsisten (sejam sekali bawa anak ke tandas) ajarkan anak sekali cara membersihkan najis dengan betul.

“Duduk. Dah habis kencing baru bangun. Basuh 3 kali macamni. Lepas tu basuh tangan, basuh kaki. Baru keluar. Dah keluar, lap kaki dulu baru jalan.”

Ajar secara konsisten. Ulang dan ulang.

Selepas 7 hari biarkan dia ke tandas dan bersihkan diri sendiri. Sebelum dia keluar, ingatkan dia dan bertanya,

“Dah cebok 3 kali belom? Dah basuh tangan? Dah basuh kaki? Jangan lupa lap kaki.”

Sesekali, kita check bagaimana cebok 3 kalinya itu dan bagaimana tahap kebersihannya.

Jika pass, alhamdulillah.

Jika belum memuaskan, ajarkan kembali saja caranya yg sepatutnya.

Ini penting!

Saya teringat seorang anak murid mengaji saya berumur 6 tahun yg mahu kencing di Rumah saya semasa dia menunggu giliran mengaji. Saya biarkannya pergi dengan abangnya.

Tapi abangnya biarkan dia masuk seorang diri. Dan kemudian lesap entah ke mana.

Kebetulan suami saya lalu di hadapan tandas terdengar air mengalir. Dibukanya pintu. Terkejut budak itu! Lalu terus mahu keluar tandas tanpa basuh apa apa yg sepatutnya.

Menjerit suami saya. He he.. Lalu, malam itu saya menjadi “kaunter aduan”.

Katanya, “Sebab tu kena ajar anak kencing dengan betul, bersihkan diri dengan betul. Bila pergi Rumah orang taklah sampai tak tau adab keluar tandas dengan tak cebok!”

Marah betul suamiku itu. Huh. 😥

Langkah #7
Semasa 7 hari pertama potty train itu juga, latih off pampers hanya di sebelah pagi saja.

Selepas mandi petang, pakaikan pampers. Jangan mulakan latihan malam serentak dengan latihan pagi.

Ini penting.

Beri anak masa untuk menyesuaikan diri satu persatu mengikut timing yg berbeza.

Di pagi hari dia aktif bermain sana sini. Di malam hari dia tidur dan deria rasa kencing juga tidak aktif.

Timing berlainan.

Ajar satu persatu.

Hanya selepas konsisten prestasinya berjaya tak kencing dalam seluar langsung dan berjaya buang air besar di bilik air sendiri selepas kiraan 7 hari, barulah mulakan latihan off pampers pula di sebelah malam.

Langkah #8
Pastikan anak kencing sebelum masuk tidur

Selama 7 hari seterusnya (hari ke 8 – hari ke 14) ucapkan kepadanya,

“Kalau rasa nak kencing kena bangun kejut Mak tau. Tak boleh kencing dalam tidur.”

Tapi, selepas dia tidur, pakaikannya CD atau pampers untuk keselamatan.

Saya pakaikan fahmi CD. Untuk hari ke 9-11 itu (3 hari) memang basah CD nya bila bangun waktu pagi. Tak sampai basah katil. Tapi tak perlu marah.

Setiap kali check CD nya tiap pagi hendak mandi katakan begini,

“Oh sikit je fahmi kencing. Tak apa. Esok kita cuba lagi taknak kencing masa tidur ok? Fahmi boleh cuba tahan. Sebab dah kencing sebelum tidur biasanya masa tidur kita tak kencing lagi dah. Kalau nak kencing kita kena bangun masuk tandas. Tak apa , esok mesti fahmi boleh tahan lagi. Kan? Kita cuba lagi ok?”

Dia angguk. Senyum.

Benar. Cukup 3-4 hari selepas itu tiba tiba di satu pagi,

“Mak, CD fahmi tak basah pun! Fahmi tak kencing lagilah!”

Kakak Fatihah eksaited.

Mak pun eksaited sama.

“Wah, good job fahmi! Fahmi dah berjaya akhirnya tak kencing malam lagi. Bagusnya! Good job fahmi!”

Dia tersengih sengih.

“Macam ni bolehlah ikut Abah pergi masjid kan dengan abang sama sama?”

Ingatkan kembali tujuan dan matlamat terbesar untuk dirinya yg dia setuju dan sukai sejak awal dulu.

Langkah #9
Berikan masa 7 hari seterusnya untuk terus off pampers pagi & malam serentak!

Bermaksud hari ke 15 – 21. Lihat progress adaptasinya dengan masa siang hari yg perlu kerap ke tandas sendiri Tampa perlu diingatkan lagi dan pada malam hari tanpa dia bangun Dari tidurnya.

Pada tahap ini, apabila siang hari adakala 10 minit sekali fahmi akan ke tandas sendiri tanpa kita ingatkannya.

“Byeee! Mi nak kencing…”

*Tetiba. Dengan gaya sin chan.😂

Kita hanya perlu ingatkan saja basuh tangan dan kaki sebelum keluar tandas.

Dan malam hari hanya sekali dua saja dia betul betul boleh bangun malam kejut saya nak ke tandas.

Genap 21 hari fahmi officially off pampers tanpa terkencing malam ataupun ngompol (basah katil).

Ia adalah mengenai masa dan latihan.

Langkah #10
Selepas hari ke 21, barulah saya bawa Fahmi keluar rumah untuk melatihnya di luar pula.


Sebelum keluar Rumah, kencing dulu.

Sampai shopping complex, cari tandas dulu.

Selepas 1 jam berjalan jalan dan makan makan, cari tandas sekali lagi. Kali ni biar dia masuk tandas sendiri dengan abangnya saja. Tak perlu lagi ikut Emak masuk tandas wanita. Vise versa.

Sebelum keluar shopping complex kencing dulu.

Sampai rumah tak terkencing walau satu titis di seluar, kita tepuk tangan ramai ramai.

“Yeayyyy.. Good job fahmi! Good job abang!”

Dia membalas sambil tersengih,

“Good job Emak! Good job Farihin. Good job fatihah. Good job Abah. Good job nenek. Good job atok!”

Hahaha.. Habis semua di good job kannya!

Potty train
Toilet training luar Rumah hanya selepas 21 hari. Lulus serta merta.

Masa.

Latihan.

Berperingkat.

Cuba lagi.

Konsisten tanpa skip hari.

Selamat berlatih!

 

Susu ibu sikit

Dapatkan Milk Booster The Milk Story dari laman web ini.

Artikel untuk memilih Milk Booster boleh dibaca disini

Leave a Reply