+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Tips Hamil dan Menyusukan oleh Puan Zatiha Nani

Tips Hamil dan Menyusukan oleh Puan Zatiha Nani

Tips Hamil dan Menyusukan

Tips hamil dan menyusukan ini dikongsikan oleh kaunselor susu ibu, Puan Zatiha Nani untuk ibu-ibu di Malaysia. Ianya bagi memudahkan ibu membuat keputusan dan memberi kepercayaan kepada ibu bahawa ibu boleh meneruskan penyusuan biarpun ketika hamil.

pregnant-mother-and-father
Waktu hamil waktu yang sangat mengujakan. Lebih lebih lagi untuk kehamilan pertama. Sudah tentu ibu mahukan yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan ini.

Pelbagai persediaan untuk menyambut kelahiran zuriat pengikat kasih ini. Namun, ada perkara yang ibu terlepas pandang tentang penyusuan susu ibu.

Tips Hamil dan Menyusukan yang Pertama #1

Bersedia Menghadapi Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Kepercayaan palsu tentang penyusuan susu ibu ini telah dimomokkan kepada kita sejak dulu lagi. Mitos seperti ‘keturunan tiada susu’ , ‘payudara kecil susu sikit’ , ‘bila anak ada gigi, sakit’ ini sering diulang ulang oleh masyarakat kita terutamanya dari insan yang tidak berjaya menyusukan bayinya sejak kecil.

Ibu hamil perlulah bersedia menghadapi mitos ini dengan menyiapkan diri dengan ilmu penyusuan yang betul supaya ibu lebih percayakan diri sendiri berbanding mitos mitos ini.

Tips hamil dan menyusukan ini dapat membantu ibu membuat persediaan dalam meneruskan penyusuan.

 

Perkara #2 iaitu Tips Hamil dan Menyusukan

Bersedia Dengan Mindset Mampu Menyusukan

Keterujaan menanti kehadiran bayi yang bakal lahir kadang kala membuatkan ibu lupa persediaan mindset mampu menyusukan.

Tidak terfikir oleh ibu bahawa mindset untuk susukan bayi perlu dipasak di minda ibu waktu hamil.
Pasakan minda mampu menyusukan bayi sebaik sahaja kelahiran ini penting supaya seluruh anggota badan ibu dalam keadaan sedia dan sedar yang ibu ingin susukan bayi sebaik sahaja bayi menjengah dunia.

Seperti bait bait lagu ini :

Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu ragu, usahamu tidak menentu.

Ibu juga boleh amalkan The Milk Story untuk memberi kesegaran dan semangat dalam penyusuan susu ibu.

Tips Hamil dan Menyusukan

Tips Ketiga #3

Ilmu Penyusuan Perlu Digali Waktu Hamil

Kebanyakan ibu ibu hamil tidak mengambil berat tentang ilmu penyusuan susu ibu. Ibu lebih memandang serius persediaan fizikal seperti kelengkapan pakaian bayi daripada ilmu tentang penyusuan.

Segelintirnya lebih mencari ilmu bagaimana untuk melancarkan kelahiran namun jarang ibu meletakkan ilmu penyusuan itu sebagai keutamaan.

Tempoh penyusuan susu ibu adalah tempoh yang lama iaitu 2 tahun mahupun lebih. Andai kata ibu menghadapi kesukaran dalam tempoh berkenaan, ilmu inilah yang akan membantu ibu meneruskan perjalanan penyusuan dengan jayanya.

istock_000016659680medium-1

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart