You are currently viewing Blog Susu Ibu : Lunatots.com sejak 2008

Blog Susu Ibu : Lunatots.com sejak 2008

Blog Susu Ibu – Lunatots.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog susu ibu Lunatots.com. Sejak 2008, ilmu mengenai penyusuan susu ibu mula dikongsikan bersama ibubapa diseluruh Malaysia di laman blog ini.

Hampir 10 tahun berlalu, banyak perubahan yang dilakukan di laman web ini.

Laman Facebook Blog Susu Ibu Lunatots juga mempunyai 70,835 likes sehingga artikel ini ditulis.

Bagi ibu-ibu menyusu yang mahu mendapatkan informasi di FB Lunatots boleh klik sahaja disini dan ianya akan membawa anda ke FB Lunatots.
Blog Susu Ibu

Siapakah yang mahu Blog Susu Ibu Lunatots bantu?

Artikel didalam blog ini ditulis untuk ibu yang baru melahirkan bayi samada anak pertama atau anak yang seterusnya dan mahu menyusukan anak mereka.

Ini artikel yang mungkin membantu ibu iaitu Apa itu Penyusuan Ekslusif?

Artikel ini juga sesuai untuk ibu bekerjaya yang akan meninggalkan anak mereka di rumah pengasuh semasa ibu bekerja.
Antara artikelnya ialah Perkara yang Ibu Perlu tahu tentang Hindmilk dan Foremilk

Artikel yang banyak mendapat carian di Internet di Blog Susu Ibu Lunatots ialah Berapa oz Perlu Ibu Tinggalkan Pada Bayi Semasa Bekerja.

Siapa yang menulis di blog Lunatots?

Penulis yang menulis di blog Lunatots merupakan kaunselor susu ibu Puan Suraya Ali.
Berkecimpung dalam dunia penyusuan susu ibu sejak kelahiran anak pertamanya pada 2007.

Suraya Ali Blogger Malaysia

Pernah gagal menyusu semasa anaknya berusia 2 bulan pertama dan mula menyusukan kembali (relaktasi) selepas itu.

Pengalamannya digunakan untuk membantu ibu-ibu menyusu di Malaysia.
Sering keluar di kaca TV, akhbar dan majalah membicarakan tentang penyusuan susu ibu.
Turut dikenali sebagai Parenting Coach di Malaysia.

Suraya Ali Parenting Coach

Penulis Blog Lunatots – Puan Zatiha Nani Ishak

Puan Zatiha Nani juga merupakan kaunselor yang menulis di laman web Lunatots.
Beliau merupakan seorang kaunselor susu ibu yang ditauliahkan dari Pusat Laktasi Kebangsaan.

Mencintai dunia penyusuan susu ibu sebelum mendirikan rumahtangga dan telah banyak membantu ibu menyusu di Malaysia.

Selain dari menulis, Puan Zatiha Nani merupakan seorang usahawan dalam bidang makanan untuk ibu menyusu iaitu The Milk Story.

Leave a Reply