You are currently viewing Tujuh (7) Perkara Foremilk Hindmilk dalam Susu Ibu yang Ibu Mesti Tahu

Tujuh (7) Perkara Foremilk Hindmilk dalam Susu Ibu yang Ibu Mesti Tahu

Ibu menyusu mesti tahu tentang Foremilk Hindmilk dalam Susu Ibu

“Bila menyusu baby tu, tukar-tukar la kiri dan kanan” tegur ibu saudara terhadap ibu yang baru melahirkan yang sedang menyusukan bayinya.
“Ha a betul tu. Yang belah kanan tu air, yang kiri tu nasi jadi baby kena minum kedua-duanya sekali” tambah seorang lagi kakak saudara yang datang mengunjungi.

Adui pening juga ni. Dengan baby asyik nak menyusu.
Ibu pun baru melahirkan dan belum sihat sepenuhnya. Ada baca tentang foremilk dan hindmilk tapi apa tu? 

Fakta #1

Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.
Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan.
Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).

 

anatomi payudara

Fakta foremilk hindmilk #2

Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susu nya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.
Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan kedalam susu.

Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong.
Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.

foremilk hindmilk

Fakta #3

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.
Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau.

 

Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.

Fakta foremilk hindmilk #4

Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protin dan vitamin.
Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.

foremilk hindmilk

Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.
Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.

Fakta penting untuk foremilk hindmilk #5

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).

Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya.

 

Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.

Fakta Keenam #6

Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.

Perkara Ketujuh #7

Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.

 

Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:

  1. Najisnya kehijauan dan sedikit keras.
  2. Bayi kerap menangis kerana kembung perut.
  3. Terdapat darah pada najis bayi.
  4. Pertambahan berat bayi yang tidak elok.
  5. Bayi kerap muntah.
  6. Ruam lampin (kerana najis yang berasid).
  7. Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.

nak tambah susu

Nak tahu berapa oz kena tinggalkan pada bayi masa ibu bekerja? Klik sini ya.

Nak tambahkan susu ibu? Baca artikel ini disini ya.

This Post Has 2 Comments

  1. sifu eusahawan

    wahh bagusnye tips ni.. saya akan share dengan wife nanti. bagus..bagus.. teruskan memberi dan berkongsi idea bernas tentang susu ibu ini. chaiyok.. cayalah

  2. ibu

    menyusu sambil pump… boleh dapat ke hindmilk tu…

Leave a Reply