You are currently viewing Tambahkan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Tambahkan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Tips Tambahkan Susu Ibu : Merangsang Pengeluaran Susu Ibu

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit. Bagaimana nak tambahkan susu ibu?”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.

Oleh : Oleh Siti Zarinah Sahib
Artikel disediakan untuk Harian Metro pada 11 September 2013

Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu.

 

Pertama #1 Tanggapan ibu tentang susu sikit dan cara tambahkan susu ibu?

Ada ibu menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan.

Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?

tambahkan susu ibu

Berhadapan situasi yang sama ketika melahirkan anak pertama membuat­kan penulis beranggapan amat penting mendapat­kan ilmu mengenai penyusuan sebelum beralih kepada peringkat seterusnya.
Maklumat ini menjadikan ibu lebih sedar me­ngenai masalah yang dilalui serta cara mengatasinya. Mereka juga tidak akan berputus asa dan meneruskan pe­nyusuan eksklusif selama enam bulan, setahun seterusnya lengkap sehingga anak berusia dua tahun.

Menyusukan bukan mudah..
Mendengarnya seakan-akan mudah, namun tidak ramai terutama ibu berkerjaya yang baru melahirkan anak pertama mampu melakukannya dengan jaya.

Ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran yang terpaksa dilalui serta kekangan masa yang begitu menghimpit sehingga lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.

Menurut perunding pe­nyusuan yang juga Founder Lunatots, Puan Suraya Ali amat penting wanita yang baru kali pertama mengandung membuat persiapan mengenai ilmu pe­nyusuan dengan menghadiri kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan sama ada badan swasta atau hospital kerajaan.
Ini bagi mendapat­kan gambaran jelas mengenai masalah penyusuan agar mereka tidak panik selepas melahirkan anak pertama.

tambahkan susu ibu

Cara tambahkan susu ibu #2 Rujuk ibu yang berjaya menyusu

Dalam pada itu, mula berbual dengan rakan sekerja atau saudara-mara yang menyusukan anak secara eksklusif enam bulan pertama dan terus menyusu sehingga usia bayi dua tahun walaupun bekerja.

“Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar cerita kejayaan penyusuan susu ibu wanita lain akan lebih tertarik dan bersikap positif untuk menyusukan bayi berbanding ibu yang tidak pernah langsung mendengar me­ngenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah,” ujarnya.

Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting.

tambahkan susu ibu

Jika kelahiran secara pembedahan, mereka perlu dibantu dalam usaha meletakkan bayi pada posisi sesuai untuk penyusuan. Ternyata, lebih awal proses penyusuan susu ibu berlangsung, lebih tinggi kadar kejayaan dan kelangsungan penyusuan susu ibu berlaku.

“Namun begitu, terdapat beberapa keadaan susu ibu sukar dirangsang, antaranya dipengaruhi cara kelahiran bayi. Bayi yang kurang sedar menghadapi kesukaran merangsang susu ibu pada awal kelahiran. Ibu perlu bertenang dan terus cuba menyusukan dan pada masa sama, boleh mula memerah susu bagi merangsang pengeluaran susu ibu,” katanya.

Ibu yang bertenang dan memahami apa yang berlaku akan lebih relaks dan ini merangsang susu ibu dengan baik berbanding ibu yang panik. Pada masa ini sokongan kaum keluarga dan pihak hospital juga amat diperlukan oleh ibu. Ibu boleh mula mengurut lembut payudara dan mandi air panas untuk merangsang pengeluaran susu.

Ketiga #3 Ibu susukan bayi sekerap mungkin boleh bantu tambahkan susu ibu

tambah susu ibu
Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.

“Ibu yang melahirkan anak secara normal pula (bukan ditempatkan di NICU), penyusuan secara terus amat penting dan ibu tidak digalakkan mengepam untuk melihat jumlah susu dihasilkan. Tujuan mengepam di hospital hanyalah untuk merangsang pe­ngeluaran susu ibu dan satu hingga dua titik susu awal (kolustrum) sudah mencukupi untuk satu hingga dua jam bayi pada tiga hari pertama,” katanya.

Jelas Suraya, istimewa­nya susu ibu kerana ia anugerah Allah yang sentiasa berubah kandungannya mengikut keperluan. Susu ibu tidak mempunyai piawaian yang sama seperti susu formula di mana kandungannya boleh ditetapkan manusia.

“Susu bagi bayi yang baru lahir iaitu kolustrum berbeza bentuk, warna dan khasiatnya dengan susu matang. Ia pekat dan berwarna kekuningan dan keluar ketika bayi dilahirkan sehingga tujuh hari pertama dan penuh dengan antibodi sebagai perlindungan pertama usus dan sistem tubuh badan bayi. Campur tangan makanan lain seperti air suam dan susu formula boleh mengganggu proses perlindungan bayi,” katanya.

Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).

Untuk kesan berpanjangan, semua ibu digalakkan mengambil makanan sihat yang boleh membanyakkan susu ibu seperti halba, lobak putih, sawi dan minuman bermalt serta banyakkan minum air kosong dua atau tiga liter sehari.

Banyak good review mengenai Milk Booster The Milk Story dapat membantu ibu.

tambahkan susu ibu

Jika ibu hamil dan menyusu mahu dapatkan The Milk Story, boleh klik disini ya!

tambahkan susu ibu

Baca tentang nak tambah susu ibu di bulan Ramadhan, klik sini

Milk Booster semasa susu sikit disini ya!

Leave a Reply