You are currently viewing Tips Tambah Susu Badan semasa Susu Badan Kurang

Tips Tambah Susu Badan semasa Susu Badan Kurang

Tips Tambah Susu Badan semasa Susu Badan Kurang

Bagi ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama mengepam susu di pejabat, masalah susu yang berkurangan sangat merunsingkan hati dan fikiran dan mencari cari tips tambah susu badan semasa susu badan kurang kan?

Namun perkataan banyak atau sedikit adalah subjektif dan merupakan perbandingan. Apabila ibu mengatakan susunya sedikit,lalu apakah perbandingannya? Biasanya ibu membandingkan dengan jumlah yang anak minum seharian dimana ibu merasakan susunya semakin sedikit.

 

Biarpun begitu, ada kemungkinan bahawa susu ibu itu benar-benar semakin sedikit biarpun jumlah yang anak minum dirumah pengasuh tidak banyak dan memadai.

Bagi mengenal pasti samada susu ibu benar-benar berkurangan, ibu perhatikan perkara-perkara berikut:

Kenapa Susu Badan Kurang?

1. Berapakah jumlah susu yang diambil oleh anak?

Rujuk link mengenai berapa sukatan susu ibu yang perlu anak saya ambil di link ini.

Ada kemungkinan dimana ibu sudah menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak cuma umur anak yang semakin bertambah secara biologinya membuatkan ibu menghasilkan susu yang semakin kurang dan dalam masa yang sama memerlukan susu yang semakib kurang.

2. Berapa jumlah susu yang ibu hasilkan selepas ibu mematuhi jadual mengepam 3 jam sekali di pejabat?

3. Adakah ibu mengambil sebarang ubat, jamu mahupun pil perancang keluarga?

4. Adakah ibu mengalami sebarang perubahan kerja yang memberikan tekanan kepada ibu?

 

tips tambah susu badan

Tips Tambah Susu Badan ialah :

Kaedah Pertama #1 Power Pumping 

Ibu melakukan Power Pumping (PP) iaitu mengepam 10 minit dan berehat selama 10 minit.
Sambung lagi mengepam 10 minit dan rehat selama 10 minit.
Sesi ketiga iaitu pam 10 minitt (kedua-dua belah payudara) dan rehat selama 10 minit.

 

Kaedah Kedua #2 Gantikan Susu Dengan Makanan

Sekiranya bayi sudah mula makan, gantikan sebotol atau dua botol susu yang bayi minum dengan makanan. Minta bantuan pengasuh untuk memujuk bayi sekiranya dia mahukan susu dengan banyak. Alihkan perhatiannya. Bayi belum faham penerangan namun pengasuh lebih dari mahu untuk membantu ibu.

Kaedah Ketiga #3 Gunakan Pam Double Elektrik

Sekiranya ibu menggunakan pam manual atau perahan menggunakan tangan iaitu Teknik Marmet (klik link ini untuk memahami tentang Teknik Market), dapatkan pam elektrik dan double iaitu mengepam kedua-dua belah serentak dalam satu masa.
Ianya penting (crucial) untuk stimulasi membanyakkan susu ibu.

Susu perlu habis dikeluarkan dari payudara. Sekiranya susu masih ada didalam payudara, protin didalam payudara akan menghalang susu baru untuk dihasilkan dengan banyak.

Badan ibu ini bijak kan? Anugerah Allah.

Tips Tambah Susu Badan #4 Makan Makanan Sihat

Makan dengan sihat. Pastikan ibu makan pagi, tengahari dan malam dengan 5 warna iaitu putih (nasi), kuning (labu), hijau (sayur), merah (tomato) dan coklat (ayam atau ikan).
Elakkan makanan junk food yang mengenyangkan dan membuatkan ibu tidak lalu makan.

Makan snek sihat setiap 2 jam seperti kurma. Saya suka jika ibu makan Milk Story Choc Dates yang kaya dengan khasiat untuk ibu hamil dan menyusu.

Kaedah Kelima #5 Mengepam di Rumah

Tidak dinafikan ibu menyusu amat ‘penuh’ dengan anak sewaktu dirumah. Agak mustahil untuk mengepam susu jika dirumah kerana anak yang menyusu terus ‘bergayut’ mahu didakap.

Cuba pam sebelah lagi payudara dengan pam sewaktu bayi menyusu sebelah.
Minta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain dirumah untuk membantu memegang bayi sewaktu ibu mengepam susu. Usah beri baby susu yang telah dipam. Simpan untuk bayi minum ketika ibu bekerja (sahaja).

Susu ibu banyak pada pukul 12 malam sampai 6 pagi kerana hormon prolaktin tinggi ketika itu.
Pam susu keluarkan setiap 3 jam iaitu pukul 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi.
Letak pam pada kepala katil bagi kemudahan mencapainya dan simpan susu di dalam peti ais.

Susu yang dipam malam boleh dicampurkan dalam satu botol selepas suhunya hampir sama didalam peti ais.

Kaedah Keenam #6 Ambil Makanan Penambah Susu

Saya cadangkan ibu ambil milk booster dalam masa yang sama mengamalkan kaedah 1 sehingga 6 diatas. Ramai ibu dapat meningkatkan susu dengan banyak selepas pengambilan halba.

Halba merupakan diantara makanan penambah susu (Galagtagogues) yang telah dapat membantu ramai ibu.

Tips tambah susu badan

Layari link ini untuk mengetahui tentang Milk Story iaitu makanan dan minuman penambah susu ibu yang dihasilkan dengan penuh rasa sedap dan berkhasiat.

 

Leave a Reply