“Jangan biarkan Qayyum bayi duduk W sis”
“Anak saya masa kecil duduk W lah sis, akibatnya masa dah besar”
Antara komen-komen nasihat di IG baby Qayyum (anak angkat Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida D’Herbs) ialah mengenai bayi duduk W.
Ibu kandung Qayyum selalu update perkembangan beliau di IG dan Admin tertarik dengan komen mengenai bayi duduk W ini.
Anak atau bayi duduk W?
Apakah duduk W? Ianya adalah posisi membengkokkan bahagian lutut ke bawah di bahagian tepi peha semasa duduk.
Posisi duduk ini ialah ketika duduk diatas lantai atau permukaan lapang.
Biasanya bayi duduk W bermula dari pandai duduk sehingga berusia enam tahun. Ia sepatutnya akan tiada lagi selepas itu.
Posisi ini hampir menyamai posisi ‘hero pose’ didalam yoga yang mungkin menyebabkan beberapa organ kita sebagai orang dewasa merasa sedikit tidak selesa.
Apabila kita bayangkan anak kita duduk dalam posisi yang kita sendiri akan merasa tidak selesa, kita mungkin bimbang dan tak mahu mereka lakukannya kan?
Terdapat beberapa tulisan mengenai isu bayi duduk W ini dan diantaranya ialah tulisan oleh Jean McNamara, PT
ADVANCE for Physical Therapists, 1995 dan boleh di baca di laman web ini.
Berikut adalah beberapa perkara yang memerlukan perhatian penjaga tentang bayi duduk W.
Pertama : Perkembangan Bayi Mungkin Terganggu
Cara duduk W ini membuatkan bayi boleh fokus kepada permainan dihadapan mereka dan ini membuatkan mereka selesa.
Namun cara duduk ini tidak dapat membuatkan mereka mengiring ke kiri dan kekanan untuk mengambil sesuatu berbanding jika bersila.
Pergerakan ke kiri dan ke kanan serta berpusing badan amat penting untuk anak kecil kita.
Betulkan cara duduk anak apabila melihat mereka duduk dalam posisi ini ya.
Kedua : Kes Khas Ortopedik
Bagi anak yang mempunyai kes hip dysplasia atau dislocation memerlukan perhatian khas.
Ketiga : Bayi Kurang Menggunakan Tangan
Kedudukan duduk bentuk W ini menyebabkan mereka tetap disatu tempat.
Agak sukar untuk anak-anak mencapai bahagian hadapan ataupun berpusing ke kiri dan kanan. Ianya mengehadkan aktiviti motor yang amat penting untuk bayi.
Cara Mengelakkan Anak duduk W
Pertama : Ianya Bermula Dengan Habit
Perhatikan setiap kali anak kita mahu duduk dan tegurnya ‘Duduk elok-elok” atau tunjukkan secara praktikal kepadanya bagaimana untuk duduk elok iaitu bersila.
Jika anak masih bayi, betulkan posisi kakinya.
Kedua : Duduk kan Anak di atas Kerusi
Antara alternatif ialah biarkan anak duduk diatas kerusi semasa bermain. Dengan cara ini mereka bebas mengeksplorasi semua kemungkinan dan pergerakan.
Ketiga : Bantuan Therapist
Sekiranya anak sudah semakin besar dan tidak dapat dibetulkan kakinya ketika duduk, ibubapa boleh membawanya berjumpa therapist untuk bantuan.