You are currently viewing Cara Mengelak Anak-Anak Memilih Makan (Picky Eater)

Cara Mengelak Anak-Anak Memilih Makan (Picky Eater)

Anak-anak terlalu memilih makan? Ada anak yang hanya minum susu dan tidak mahu memakan nasi walaupun sudah berusia 3 tahun. Ada juga anak yang tidak mahu makan sayur walaupun sudah disorokkan dalam nasi. Kadang kala rasa kasihan jika ingin memaksa anak makan. Jadi, Cik Min ingin kongsikan cara mengelak anak-anak memilih makan (picky eater) seawal usia bayi. Segala tips yang akan Cik Min kongsikan ini, Cik Min dapatkan daripada Puan Maryam Jamadi yang juga merupakan Pediatric Occupational Therapist melalui akaun Facebook ini.

Apakah Punca Anak-Anak Memilih Makan?

Melalui perkongsian Puan Maryam Jamadi, terdapat beberapa punca anak memilih makan. Antaranya, adalah seperti berikut:

#1 Deria | Cara Mengelak Anak-Anak Memilih Makan

Punca anak memilih makan adalah disebabkan dua deria, iaitu deria bau dan deria rasa. Anda sebagai ibu bapa perlu peka terhadap deria yang menjadi punca anak memilih makan. Ibu bapa perlu tahu jika deria bau atau deria rasa anak-anak, mahupun kedua-duanya yang terlebih sensitif (hypersensitif) atau kurang sensitif (hyposensitif). Jika anak-anak didapati mengalami hypersensitif atau hyposensitif terhadap deria, ini akan menyebabkan anak-anak mengalami kecelaruan sensori. Inilah yang mengakibatkan anak-anak cerewet terhadap makanan.

#2 Genetik

Sekiranya ibu bapa suka makan makanan yang agak berbau dan kuat rasanya, anak anda juga akan cenderung ke arah itu. Namun, apa yang membezakannya adalah sensitiviti anak-anak terhadap deria rasa dan deria bau yang telah dibiasakan mengikut peredaraan masa. Misalnya, sewaktu kecil ada anak-anak yang tidak makan sayur atau buah tetapi, apabila sudah dewasa mula memakan sayur atau buah. Mungkin perkara ini juga pernah terjadi kepada diri anda.

Tips Anak-anak Tidak Memilih Makan | Cara Mengelak Anak-anak Memilih Makan

Menurut Puan Maryam Jamadi, tips ini dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu gigi dan gusi, rasa makanan, tekstur makanan, bau makanan, dan suhu makanan. Penjelasan adalah seperti berikut:

#1 Gigi dan Gusi

Cara-cara untuk mengelak anak-anak memilih makan adalah dengan melazimi pembersihan mulut bayi seawal baru lahir pada bahagian gigi dan gusi. Ibu bapa boleh gunakan berus gigi mengikut peringkat umur bayi. Bermula daripada kain, bertukar kepada finger brush, dan akhir sekali extra soft brush. Ibu bapa juga perlu kerap kali menyentuh dalam mulut bayi bagi mengurangkan sensitiviti deria dalam mulut. Anda juga boleh gantikan teether atau finger food untuk merangsang sensori dalam mulut bayi. Cara Mengelak Anak-anak Memilih Makan

#2 Rasa Makanan | Cara Mengelak Anak-Anak Memilih Makan

Rasa makanan ini perlulah diberikan kepada anak-anak yang sudah berusia 6 bulan dan ke atas. Ramai ibu bapa yang memberi pelbagai jenis makanan termasuk fast food (makanan proses) kepada anak-anak kerana rasa kasihan. Namun, apabila perasa makanan daripada fast food itu telah biasa diberikan, maka deria rasa anak-anak akan lebih cenderung kepada perasa tiruan tersebut. Hal inilah yang menyebabkan anak-anak mengelak daripada memakan sayur dan buah apabila berumur 6 bulan dan ke atas.

Jika anda ingin anak merasai makanan proses, boleh berikannya dalam kuantiti yang sedikit apabila sudah berumur 1 tahun dan ke atas. Anak yang berumur 6 bulan sepatutnya diberikan rasa buah dan sayuran kerana deria rasa anak-anak sangat sensitif sejak lahir.

Melalui perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi, setiap makanan yang baru perlulah diberikan secara berterusan selama 4 hari supaya anak-anak dapat membiasakan rasa makanan tersebut. Cara ini juga dikenali sebagai 4 Day Wait Rule dan bertujuan untuk melihat kesan daripada pemakanan baru yang diberikan kepada anak-anak. Misalnya, terdapat alahan atau tidak selepas makan makanan baru. Semasa memberikan makanan kepada anak-anak, sebaiknya berikan anak rasa satu per satu jenis makanan supaya deria rasanya dapat mengenali dan menerima makanan tersebut.

#3 Tekstur Makanan | Cara Mengelak Anak-Anak Memilih Makan

Tips untuk mengelak anak-anak memilih makan adalah melalui tekstur makanan itu sendiri. Terdapat pelbagai tekstur makan, iaitu lembut, kasar, kering, basah, dan melekit yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ibu bapa boleh berikan anak-anak makanan seperti finger food sekiranya mahukan anak belajar mengunyah dan menggigit. Berikan anak makanan kisar seawal umur 2 tahun ke atas. Sekiranya ibu bapa risau anak-anak tercekik semasa memakan finger food, ibu bapa boleh berikan food feeder untuk membolehkan anak gigit-gigit. Perkara paling mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah masukkan buah ke dalam kain jarang dan ikat seperti sup bunjut. Mudah untuk anak menghisap, menggigit, dan tidak tercekik. Cara Mengelak Anak-anak Memilih Makan

#4 Bau Makanan | Cara Mengelak Anak-Anak Memilih Makan

Kenalkan anak-anak dengan makanan baru dengan membenarkan mereka bermain dengan sayur atau buah terlebih dahulu. Kemudian, kenalkan nama dan berikan buah atau sayur kepada anak untuk dirasa. Jika buah atau sayur ada mengeluarkan bau, berikan ia untuk dibau oleh anak-anak.

#5 Suhu Makanan

Terdapat pelbagai suhu untuk setiap jenis makanan. Misalnya, puree epal boleh diberikan pada suhu sejuk atau suam dan tidak perlu terikat dengan satu suhu sahaja.

Cik Min harapkan dengan beberapa tips supaya anak-anak tidak memilih makan ini dapat dijadikan sebagai panduan yang berguna kepada anda.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.    

Leave a Reply