You are currently viewing Cara Ajar Anak Menulis dengan Cepat

Cara Ajar Anak Menulis dengan Cepat

Nak anak menulis dengan cepat perlulah mengikut kaedah yang tepat. Jadi, ibu dan ayah perlulah tahu cara ajar anak menulis dengan betul agar anak seronok dan cepat belajar.

Apabila melihat anak-anak memegang pensel dengan betul, pasti membuatkan hati ibu dan ayah gembira. Apatah lagi jika anak boleh menulis dan mengeja nama sendiri dengan betul, bukan? Jadi, segala kaedah untuk mengajar anak menulis hari ini, Cik Min dapatkan daripada Majalah Pa & Ma dan beberapa laman web lain.

Cara Ajar Anak Menulis dengan Berkesan

Terdapat 5 cara untuk ajar anak menulis dengan cepat dan berkesan. Antaranya adalah seperti berikut:

#1 Ajar Anak Menulis Abjad

Berdasarkan laman web theAsianparent, terdapat 5 aktiviti mengajar anak menulis abjad dengan cara yang kreatif.

  1. Pilih abjad yang ingin diajar kepada anak. Kemudian, lukis abjad tersebut dengan besar atau print sahaja abjad di atas kertas putih. Seterusnya, minta anak untuk membuat aktiviti kolaj, iaitu menampal menggunakan cebisan kertas, pompom, atau sticker untuk membentuk huruf tersebut.
  2. Minta anak membentuk abjad dengan menggunakan objek. Mulakan dulu dengan abjad yang bergaris lurus seperti huruf A, L, dan H. Kemudian, ubah kepada abjad yang lebih sukar seperti S, C, dan G. Gunakan objek seperti tanah liat, spageti, penyepit, straw, dan tali kasut untuk membentuk abjad tersebut.
  3. Ibu bapa perlu galakkan anak-anak untuk membina abjad dengan menggunakan objek yang lebih kecil seperti butang, guli, batu, dan bijirin. Aktiviti ini perlu dipantau supaya anak-anak tidak memasukkan objek tersebut ke dalam mulut.
  4. Selain daripada menggunakan buku, ibu bapa disarankan untuk membuat aktiviti finger painting. Aktiviti ini meminta anak-anak menulis abjad menggunakan pasir berwarna, garam, tepung, dan cat jari. Tulis dan lukis menggunakan tangan apabila menulis abjad.
  5. Aktiviti menulis secara tradisional juga perlu dilakukan agar anak-anak dapat memegang pensel dengan betul dan menulis di atas kertas. Sebaiknya, belikan buku yang ada abjad dengan garis putus-putus agar anak-anak dapat dilatih dengan betul.

Cara Ajar Anak Menulis

 

Cara Ajar Anak Menulis

#2 Menggunakan White Board atau Easel | Cara Ajar Anak Menulis

Kebiasaannya, anak-anak kurang selesa menggunakan kertas kerana belum dapat mengawal pergerakan pensel dengan baik. Oleh itu, anak-anak digalakkan untuk menggunakan white board atau easel untuk melatih mereka menulis dan melukis secara kreatif dan menyeronokkan.

Cara Ajar Anak Menulis

#3 Mulakan dengan Pensel Pendek

Sebelum memberikan anak pensel biasa untuk menulis, sebaiknya berikan pensel yang pendek atau krayon sebagai permulaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pensel yang lebih pendek lebih mudah untuk dikawal dan dipegang berbanding pensel biasa (panjang). Apabila mereka sudah mahir, ibu bapa boleh berikan alat tulis kepada mereka.

#4 Menggunakan Pensel Segi Tiga | Cara Ajar Anak Menulis

Cara ajar anak menulis dengan cepat yang seterusnya adalah dengan menggunakan pensel segi tiga sebagaimana dalam laman web The Zuriat, pensil berbentuk segi tiga adalah direka khas untuk melatih kanak-kanak memegang pensel dengan cara tripod. Hal ini dikatakan demikian kerana, cara memegang tripod adalah cara kebiasaan memegang pensel. Caranya, kanak-kanak memegang pensel dengan ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah yang membentuk segi tiga. Manakala, jari manis dan jari kelingking akan digunakan untuk menyokong jari tengah bagi mengawal dan memberikan keselesaan sewaktu menulis.

Bagi memudahkan kanak-kanak memegang pensel untuk membentuk segi tiga, ibu bapa boleh berikan mereka pencil grip di mana terdapat getah panjang pada pensel yang membolehkan kanak-kanak memegang pensel dengan betul.

#5 Lakukan Secara Berperingkat

Cara ajar anak menulis dengan cepat dan berkesan ialah, ia perlu dilakukan sewaktu anak berusia sekitar 4 tahun, dengan melatih mereka melukis garisan melintang dan menegak. Apabila mereka berusia 5 tahun, latih mereka melukis bentuk mudah seperti bulatan, segi empat, dan segi tiga. Apabila mereka sudah mahir, gantikan pula dengan buku aktiviti khas untuk mereka. Misalnya, aktiviti menulis abjad dan melukis sambungan garis putus-putus untuk membentuk abjad.

Apa-apa pun aktiviti yang dijalankan oleh ibu bapa, perlulah kreatif dan menyeronokkan agar anak-anak tidak merasa bosan untuk belajar menulis dan melukis. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply