You are currently viewing Hibah Buat Anak Perempuan

Hibah Buat Anak Perempuan

Sudah banyak kes mengenai perebutan harta antara ahli keluarga apabila si mati meninggalkan seorang balu dan anak. Ada juga yang menuntut hak walaupun sebenarnya tidak layak. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai anak perempuan, buatlah hibah untuknya. Hal ini dikatakan demikian kerana, hibah buat anak perempuan banyak mendatangkan manfaat, terutama untuk masa depan mereka.

Si ayah atau suami, perlulah peka dan prihatin terhadap masa depan isteri dan anak sekiranya anda meninggalkan mereka terlebih dahulu. Fikirkan tentang mereka dan pastikan kebajikan mereka terjaga walaupun anda sudah tiada.

Konsep Hibah | Hibah Buat Anak Perempuan

Sebelum anda membuat hibah, pastikan anda memahami konsep hibah terlebih dahulu. Hibah berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, merujuk kepada suatu akad di mana pemindahan hak milik/pemberian secara sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dilakukan atas dasar kasih sayang. Pemberian hak milik tanpa mengharapkan sebarang balasan yang dibuat ketika pemberi masih hidup.

Pada dasarnya, hibah mempunyai persamaan dengan hadiah dan juga sedekah dari sudut pengertian. Namun, ia berbeza jika dibandingkan. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dimahukan sama ada waris mahupun bukan. Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

“Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.

Riwayat al-Bukhari (594), [Lihat: al-Adab al-Mufrad; m/s 306], Hadith Shohih, [Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44]

Berikut merupakan kategori yang boleh membuat hibah dengan segera yang Cik Min dapatkan daripada laman web Majalah Pa&Ma:

  • Ada anak perempuan sahaja.
  • Mempunyai anak angkat.
  • Individu yang berpoligami.
  • Individu yang belum berkahwin.
  • Pasangan yang belum dikurniakan anak.
  • Ahli perniagaan.
  • Jemaah haji.
  • Mualaf yang ingin memberikan hartanya kepada keluarganya yang bukan Islam.
  • Membeli harta secara bersama.
  • Individu yang berkahwin semula.

Siapakah yang Berada dalam Situasi Kritikal untuk Buat Hibah?

Mereka yang tiada anak lelaki dan hanya memiliki anak perempuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya si ayah hanya memiliki anak perempuan, bermakna sebahagian besar harta si ayah akan diwarisi oleh adik-beradik si ayah. Sekiranya pewaris memahami harta pusaka tersebut adalah amanah untuk menjaga keluarga si mati, maka anak-anaknya akan terjaga.

Namun, sekiranya pewaris tidak memahami tanggungjawabnya, maka akan berlaku masalah besar di dalam keluarga. Misalnya, tidak menjenguk dan menjaga keperluan anak buah dan balu yang ditinggalkan oleh si mati. Oleh hal yang demikian, hibah buat anak perempuan adalah satu keperluan yang perlu diberikan oleh si ayah.

Hibah Buat Anak Perempuan

Harta atau Barang yang Dihibahkan? | Hibah Buat Anak Perempuan

Hibah buat anak perempuan boleh dihibahkan dalam bentuk harta alih (wang tunai dan barang kemas) dan harta tak alih (rumah dan tanah). Walau bagaimanapun, berdasarkan e-muamalat, barang atau harta yang dihibahkan perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Harta atau barang yang halal.
  • Ia merupakan harta atau barang yang mempunyai nilai di sisi syarak.
  • Harta atau barang itu milik pemberi hibah.
  • Ia merupakan harta atau barang boleh diserah milikkan.
  • Harta atau barang benar-benar wujud semasa dihibahkan.
  • Harta atau barang tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan, seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.

Hibah Buat Anak Perempuan

Jenis Hibah | Hibah Buat Anak Perempuan

Ustaz Khairul Che Salleh yang merupakan Pensyarah Syariah di Aqrab al Istiqomah, Melaka menerusi akhbar Harian Metro, mengatakan bahawa hibah terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. Hibah Mutlak
  2. Hibah Bersyarat

Hibah mutlak berlaku serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak penerima. Oleh itu, penerima berhak membuat apa sahaja dengan haknya. Namun, dari segi faraid, sekiranya penerima meninggal dunia, hibah yang diterima (hak) menjadi harta pusaka penerima.

Hibah bersyarat pula adalah pemberian harta atau barang daripada pemberi kepada penerima dengan meletakkan sesuatu syarat sampingan dan dipersetujui oleh penerima. Misalnya, pemberi menduduki rumah (harta hibah) penerima sehingga pemberi meninggal dunia.

Berdasarkan perkongsian di atas, menunjukkan bahawa hibah ini juga adalah salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terutama jika memiliki anak perempuan. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel mengenai hibah buat anak perempuan ini memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

 

Leave a Reply