You are currently viewing Cara Merangsang Deria Bayi

Cara Merangsang Deria Bayi

Adakah anda bingung dan tiada idea bagaimana cara untuk merangsang deria bayi anda? Terutamanya bila anda merupakan ayah dan ibu muda. Anda risau dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sepanjang proses tumbesaran bayi? Jangan risau! Cik Min boleh bantu para ayah dan ibu di luar sana.

 

Apa itu Rangsangan Deria?

Cara Merangsang Deria Bayi
Kredit : https://pixabay.com/

 

Sebelum Cik Min kongsikan cara tersebut, sukanya Cik Min nak ceritakan sedikit kepada ayah dan ibu tentang apa itu rangsangan deria. Eh macam pernah dengar kan tentang rangsangan deria? Sebenarnya, kita semua belajar dan mendapat maklumat mengenai dunia ini melalui deria kita tau. Deria kita ini terdiri daripada 5 jenis iaitu Penglihatan, Rasa, Pendengaran, Bau dan Sentuhan. Betapa pentingnya ayah dan ibu untuk megetahui cara merangsang deria bayi agar proses pertumbuhan bayi berjalan seiring dengan kemahiran dan kebolehan mereka sewaktu membesar.

Ayuh Cik Min kongsikan cara yang boleh ayah dan ibu praktikan. Cik Min juga dapatkan cara-cara ini daripada laman web theAsianparent.

 

Cara Merangsang Deria Bayi

 

Cara Merangsang Melalui Deria Penglihatan

Cara Merangsang Deria Bayi
Kredit : https://pixabay.com/

 

Usai kelahiran bayi, deria penglihatan mereka masih lemah namun mereka mampu menangkap imej di hadapan mereka secara kabur. Jadi, Cik Min sarankan supaya ayah dan ibu untuk memperbanyakkan aktiviti yang dapat mengukuhkan lagi deria penglihatan bayi. Contohnya seperti :-

  1. Sentiasa bermain bersama bayi sewaktu bayi dalam keadaan aktif.
  2. Membawa bayi keluar melihat keindahan alam semula jadi.
  3. Tunjukkan sesuatu objek kepada bayi seperti alat mainan agar deria penglihatan bayi menjadi aktif.

 

Rangsangan Melalui Deria Rasa

Ayah ibu sudah tahu ke belum bahawa fakta bayi boleh merasa apa yang ibu makan sewaktu dalam kandungan tau. Hebat kan fakta ni? Iya, melalui tali pusat bayi dimana nutrisi pemakanan ibu disalurkan kepada bayi. Ayah jangan pelik tau bila Cik Min pesan ibu ni cepat lapar dan banyak makan!

Ini Cik Min nyatakan cara yang boleh merangsang deria rasa bayi :-

  1. Bayi akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu kerana ia mempunyai rasa tersendiri yang dapat merangsang deria bayi.
  2. Ayah dan ibu boleh berjinak-jinak dalam memperkenalkan bayi kepada makanan yang berkhasiat tinggi seperti buah-buahan. Boleh buat smoothie buah-buahan juga tau.

 

Cara Merangsang Melalui Deria Pendengaran

Pendengaran bayi boleh dirangsang melalui suara ayah dan ibu sendiri sejak dalam kandungan lagi. Bayi boleh mendengar suara ayah dan  ibu yang bercakap dengannya dan memberi respon juga tau.

Bayi akan memberi tindakbalas dengan menendang atau menumbuk lembut perut ibu. Walaupun kadang sakit, tapi itulah perasaan teruja dan paling gembira para ibu pernah rasa.

Selain itu ada juga cara rangsangan pendengaran yang lain tau iaitu:-

  1. Gunakan suara ayah dan ibu sebagai alat untuk merangsang bayi dan juga bergembira bersama.
  2. Dengarkan bayi kepada melodi-melodi yang menyenangkan seperti bunyi alam sekitar, bunyi haiwan dan seumpamanya.

 

Rangsangan Melalui Deria Sentuhan

Cara Merangsang Deria Bayi
Kredit : https://pixabay.com/

 

Bayi akan menunjukan minat untuk memegang sesuatu apabila dia melihat objek-objek yang menarik perhatiannya. Ayah dan ibu boleh praktikan cara di bawah untuk merangsang lagi deria sentuhan bayi :-

  1. Sering membelai lembut bayi dan bermain dengan tangan dan kakinya.
  2. Mengurut belakang dan memeluk lembut bayi.
  3. Bagi bayi sentuh permainan lembut.

 

Cara Merangsang Melalui Deria Bau

Bayi mengenal ibu hanya dengan mengecam baunya dan ini membuatkan bayi merasa selamat dan selesa. Seiring pertumbuhan bayi, ayah ibu boleh aplikasikan cara ini :-

  1. Membawa bayi menghirup udara segar.
  2. Memberi bayi merasa bauan makanan yang tidak terlalu kuat.

 

Jadi ayah dan ibu, inilah sedikit sebanyak yang Cik Min dapat kongsikan bersama anda. Ayah dan ibu boleh praktikan cara tersebut dalam kehidupan seharian. Moga perkongsian ini dapat membantu. Kita jumpa lagi di perkongsian akan datang, good luck!

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

 

 

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply