You are currently viewing Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

Musim cuti sekolah dah nak tiba ni. Mesti ramai ibu dan ayah buntu memikirkan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak nanti, kan? Jadi hari ini, Cik Min nak kongsikan 5 aktiviti menarik di rumah untuk kanak-kanak.

Lumrah seorang kanak-kanak adalah bermain dan bergembira. Justeru itu, ibu dan ayah perlulah elak memberikan gadget pada anak-anak. Biarkan anak-anak bebas bermain supaya dapat merangsang perkembangan anak-anak dari segi fizikal dan mental. Jika anak-anak kerap diberikan gadget, anak-anak semakin pasif dan tidak banyak bergerak. Malah, pencahayaan daripada gadget boleh merosakkan mata. Ibu dan ayah boleh baca di sini mengenai kajian terhadap kanak-kanak jika sering kali diberikan gadget.

Oleh hal yang demikian, terdapat banyak aktiviti yang mendorong perkembangan anak-anak dengan penglibatan fizikal dan mental. Sekali gus dapat memberikan manfaat kepada mereka.

5 Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

Aktiviti yang menarik dan bermanfaat yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti berikut:

#1 Wake Up and Shake Up

Aktiviti ini anda boleh lakukan bersama anak-anak. Sebaik sahaja anak-anak bangun tidur, bersihkan diri dan bersarapan, ajak mereka untuk membuat senaman ringan seperti menari. Anda boleh memasang video senaman ringan yang khusus untuk anak-anak. Berikut merupakan contoh video yang amat digemari oleh kanak-kanak, terutama yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Tambahan pula, anda juga boleh gunakan cara yang lain untuk melakukan senaman. Misalnya, menggunakan tali skipping, gelung, bola besar, atau trampoline untuk senaman ringan. Kanak-kanak akan berasa lebih cergas dan bertenaga sebaik sahaja melakukan senaman.

 

#2 Permainan Tradisional

Ibu dan ayah mesti rindu nostalgia zaman kanak-kanak dahulu, kan? Jadi, apa salahnya ibu dan ayah kembalikan nostalgia dan kenalkan kepada anak-anak permainan tradisional. Misalnya, batu seremban, teng teng, baling selipar, congkak, galah panjang, dan sebagainya. Anak-anak pasti lebih teruja dapat bermain permainan zaman kanak-kanak ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah juga boleh turut bermain bersama dengan mereka.

Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak   Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

 

#3 Puzzle | Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

Jika anak-anak sudah keletihan bermain secara fizikal, ibu dan ayah boleh cuba permainan yang melibatkan mental (minda dan fikiran) sebagai aktiviti pembelajaran. Misalnya, bermain puzzle. Permainan puzzle ini sangat bagus untuk minda kanak-kanak dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. Puzzle sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan ke atas. Jika ibu dan ayah baru mendedahkan anak-anak kepada permainan ini, sebaiknya berikan puzzle yang mempunyai kepingan sedikit terlebih dahulu. Bagi anak-anak yang sudah mahir dengan permainan ini, anda boleh meminta mereka menyelesaikan puzzle yang mempunyai 36 keping dan ke atas.

Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

 

#4 Kemas Rumah | Aktiviti Menarik di Rumah untuk Kanak-Kanak

Aktiviti menarik di rumah untuk kanak-kanak yang seterusnya ialah mengemas rumah bersama-sama. Ibu dan ayah juga perlu ajar anak-anak bahawa tanggungjawab mengemas rumah adalah tanggungjawab bersama. Jadi, ibu dan ayah boleh bahagikan tugas kepada anak-anak. Misalnya, kemas permainan selepas bermain, supaya mereka tahu itu adalah tugasan mereka.

 

#5 ABC Hunting

Aktiviti berikutnya ialah ABC hunting. Sekiranya ada anak yang berumur 3 hingga 6 tahun, ibu dan ayah boleh mengajak mereka untuk bermain mencari kad ABC. Caranya, sorokkan kad ABC dan minta anak-anak untuk mencari dan kumpulkan ia. Selain itu, anda juga boleh menyebut huruf dan meminta anak-anak mencari huruf yang disebut. Sebaik sahaja kad ABC itu dijumpai, minta anak-anak untuk susun ABC mengikut turutan.

Banyak aktiviti menarik di rumah untuk kanak-kanak yang telah Cik Min kongsikan. Ibu dan ayah bolehlah cuba aktiviti di atas bersama anak-anak di rumah. Pasti mereka teruja! Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply