Penyusuan badan memerlukan pemakanan yang seimbang kerana pemilihan makanan tambah susu ibu yang betul dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu secara semula jadi. Makanan yang kaya dengan nutrisi bukan sahaja menyokong keperluan bayi tetapi juga membantu ibu kekal bertenaga. Dalam memastikan perjalanan penyusuan berjalan lancar, pengambilan makanan berkhasiat adalah sangat penting.
Makanan sebagai Sokongan Penyusuan
Penyusuan badan memerlukan usaha yang konsisten dan sokongan pemakanan yang betul. Ramai ibu menyusu menghadapi cabaran dalam memastikan pengeluaran susu mencukupi untuk keperluan bayi. Salah satu cara yang paling berkesan untuk menyokong penghasilan susu adalah dengan mengamalkan makanan tertentu yang kaya dengan nutrisi penting.
Tidak semua makanan memberikan kesan yang sama dalam membantu pengeluaran susu ibu. Sesetengah makanan mengandungi nutrisi yang mampu merangsang hormon prolaktin dan oksitosin yang penting dalam proses penyusuan. Oleh itu, ibu perlu bijak memilih makanan tambah susu ibu tetapi juga memberi tenaga dan menjaga kesihatan mereka.
Tambahan, bukan hanya kekerapan menyusukan bayi yang mempengaruhi pengeluaran susu, tetapi juga pengambilan makanan harian yang berkhasiat. Makanan yang kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral bukan sahaja membantu meningkatkan kuantiti susu malah memastikan susu ibu berkualiti tinggi untuk keperluan tumbesaran bayi. Teruskan bersama Cik Luna untul mendalami tentang makanan tambah susu ibu.
Makanan tambah susu ibu yang terbaik
1. Kurma [ Makanan tambah susu ibu sangat disyorkan ]
Kurma merupakan makanan sunnah yang kaya dengan glukosa semula jadi, zat besi, serat, dan pelbagai vitamin seperti vitamin B dan C. Kandungan glukosa dalam kurma dapat memberikan tenaga segera kepada ibu yang menyusukan bayi. Hal ini demikian kerana proses penyusuan memerlukan kalori yang banyak. Selain itu, kurma juga membantu merangsang pengeluaran hormon prolaktin, iaitu hormon penting yang bertanggungjawab dalam penghasilan susu ibu.
Selain itu, zat besi dalam kurma membantu mencegah anemia bagi ibu menyusu, yang sering menjadi masalah apabila keperluan nutrisi tidak dipenuhi. Kurma juga kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan, sekaligus mencegah sembelit yang kerap dialami ibu selepas bersalin.
Untuk mendapatkan manfaat optimum, ibu menyusu disarankan mengambil 3 hingga 5 biji kurma setiap hari, sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dalam susu suam. Alternatif lain termasuk membuat smoothie kurma bersama susu kambing atau badam untuk rasa yang lebih sedap dan berkhasiat. Paling penting, para ibu haruslah memilih kurma yang betul dan berkhasiat.
2. Ikan Salmon [ Makanan tambah susu ibu sangat disyorkan ]
Untuk pengetahuan para ibu, ikan salmon adalah salah satu makanan tambah susu ibu yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dan DHA. Ini sangat penting untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi. Pengambilan salmon secara berkala membantu meningkatkan kualiti susu ibu dengan menambahkan kandungan nutrisi penting seperti protein dan lemak sihat. Selain itu, ikan salmon juga membantu ibu mengawal tahap tekanan kerana Omega-3 mempunyai sifat antiradang dan menyokong kesihatan mental.
Ibu menyusu memerlukan sumber protein berkualiti tinggi untuk membantu tubuh memperbaiki tisu yang rosak semasa proses kelahiran. DHA dalam salmon tidak hanya memberi manfaat kepada bayi, malah juga penting untuk menjaga kesihatan jantung ibu. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan.
Para ibu boleh amalkan pengambilan salmon 2 hingga 3 kali seminggu. Cara memasak yang disyorkan adalah dengan memanggang, mengukus, atau memasak sup salmon untuk mengekalkan nutrisi. Elakkan memasak dengan terlalu banyak minyak atau menggunakan kaedah gorengan dalam (deep fry).
3. Sayuran Hijau [ Makanan tambah susu ibu sangat disyorkan ]
Sayuran hijau seperti bayam, sawi, dan brokoli mengandungi zat besi, kalsium, magnesium, dan vitamin K yang membantu meningkatkan kualiti susu ibu. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan yang menyokong sistem imun ibu dan bayi. Kandungan kalsium dalam sayuran hijau membantu perkembangan tulang dan gigi bayi sambil mengekalkan kesihatan tulang ibu.
Jika para ibu enggan mengambil sayur-sayuran hijau, ia boleh menyebabkan anemia iaitu kekurangan zat besi yang sering mengakibatkan keletihan bagi ibu menyusu. Pengambilan sayuran hijau dapat membantu mengatasi masalah ini. Brokoli pula mengandungi vitamin C yang membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik.
Sayuran hijau boleh dijadikan sup, ditumis, atau dikukus untuk mengekalkan khasiatnya. Pastikan ia tidak dimasak terlalu lama untuk mengekalkan nutrien. Selain itu, gabungkan beberapa jenis sayur hijau dalam satu hidangan untuk memastikan variasi nutrisi.
4. Keju dan Yogurt
Keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang baik, yang sangat penting untuk menyokong perkembangan tulang bayi dan mengekalkan kesihatan tulang ibu. Produk tenusu ini juga kaya dengan protein dan probiotik, yang membantu melancarkan sistem pencernaan ibu. Selain itu, kalsium adalah mineral utama yang diperlukan semasa menyusu untuk memastikan susu ibu mengandungi nutrien yang cukup untuk bayi. Probiotik dalam yogurt juga membantu meningkatkan bakteria baik dalam usus, yang memberi kesan positif kepada kesihatan sistem imun ibu dan bayi.
Tips untuk amalkan makanan tambah susu ibu ini, para ibu boleh memilih yogurt yang asli dan makan begitu sahaja atau dicampur dengan buah-buahan segar seperti beri dan betik. Keju pula sesuai digunakan sebagai pelengkap dalam sandwich, salad atau dicairkan sebagai sos dalam hidangan pasta.
5. Susu Kambing
Sudah semestisnya para ibu semua pasti tahu susu kambing merupakan pilihan yang kaya dengan kalsium, protein, dan vitamin B2 yang mudah diserap oleh badan. Ia membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu secara semula jadi dan menyokong kesihatan tulang serta sistem imun ibu dan bayi. Berbanding susu lembu, susu kambing lebih mudah dihadam dan ia menjadikannya sesuai untuk ibu yang mengalami masalah pencernaan. Susu kambing juga mengandungi asid lemak baik yang memberikan tenaga kepada ibu sepanjang hari.
Caranya ialah para ibu perlu amalkan minum segelas susu kambing suam sebelum tidur atau campurkannya dengan kurma untuk rasa yang lebih manis. Para ibu juga boleh menjadikan susu kambing sebagai asas smoothie bersama kacang almond atau buah-buahan. Para ibu wajib cuba makanan tambah susu ibu ini!
6. Kacang Almond
Kacang almond adalah sumber nutrisi yang kaya dengan vitamin E, magnesium, dan lemak sihat. Vitamin E dalam almond membantu memperbaiki tisu badan dan melindungi kulit ibu menyusu daripada kering. Magnesium pula membantu mengurangkan tekanan dan keletihan yang sering dialami oleh ibu menyusu. Sementara lemak sihat dalam kacang almond membantu meningkatkan kandungan lemak dalam susu ibu.
Oleh itu, ini menjadikan susu lebih berkhasiat dan mengenyangkan untuk bayi. Tambahan, almond juga mudah dimasukkan ke dalam diet harian para ibu. Ibu yang menyusu boleh menjadikan almond sebagai snek dengan memakan segenggam setiap hari atau mencampurkannya ke dalam hidangan seperti oatmeal dan smoothie. Dengan mengamalkan almond secara konsisten, ia dapat membantu menambah tenaga ibu serta meningkatkan kualiti susu untuk bayi. Para suami boleh membeli makanan tambah susu ibu ini kerana ianya mudah dicari di pasaran!
7. Vitamin Tambah Susu
Vitamin tambah susu seperti asid folik, vitamin B kompleks, dan kalsium memainkan peranan penting dalam memperkayakan susu ibu. Asid folik membantu penghasilan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh ibu selepas bersalin, manakala vitamin B kompleks memberi tenaga yang diperlukan untuk kekal bertenaga sepanjang proses penyusuan.
Kalsium pula bukan sahaja menjaga kesihatan tulang ibu, tetapi juga memastikan perkembangan tulang bayi yang sihat. Dengan pengambilan suplemen vitamin yang disarankan oleh doktor atau pakar kesihatan, ibu dapat memastikan tubuh mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk menyokong pengeluaran susu yang cukup dan berkualiti.
Dapatkan suplemen vitamin untuk tambahkan susu ibu yang sesuai dan rasai perbezaannya dalam penyusuan dan kesihatan anda!
8. Betik
Betik adalah salah satu buah buahan atau makanan tambah susu ibu, dimana ia mempunyai sumber vitamin C yang sangat baik dan enzim yang membantu melancarkan pencernaan. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan bayi, manakala papain memperbaiki pencernaan yang sering terganggu selepas bersalin.
Selain itu, betik juga merangsang hormon oksitosin, yang membantu pengeluaran susu ibu. Ibu boleh menikmati betik sebagai buah segar, jus, atau dicampurkan dengan yogurt untuk meningkatkan khasiat dan rasa. Pengambilan betik secara berkala membantu ibu memastikan susu ibu sentiasa mencukupi untuk bayi.
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang makanan tambah susu ibu. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.