You are currently viewing Tanda anak speech delay

Tanda anak speech delay



Masalah perkembangan pertuturan pada kanak-kanak adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Tanda anak speech delay biasanya dapat dikenalpasti melalui kelewatan dalam komunikasi verbal atau kesukaran menyusun ayat. Memahami tanda-tanda ini amat penting untuk memastikan intervensi awal dapat dilakukan.

Dengan langkah yang tepat, perkembangan anak boleh dibantu dengan lebih berkesan. Mari ketahui tanda anak speech delay sebelum terlambat!

Tanda anak speech delay
Sumber: Pinterest

Apakah itu speech delaySpeech delay adalah satu kelewatan dalam perkembangan anak anda yang melibatkan pertuturan mereka. Ia adalah ketidakupayaan anak anda untuk menyebut sesuatu perkataan itu dengan jelas dan boleh jadi juga mereka tidak boleh menyebut perkataan itu sama sekali.

Perkembangan pertuturan adalah salah satu aspek penting dalam tumbesaran anak-anak. Namun, tidak semua kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sama dalam tempoh tertentu. Tanda anak speech delay sering kali tidak disedari pada peringkat awal kerana ibu bapa mungkin menganggap kelewatan bercakap sebagai sesuatu yang normal.

Kanak-kanak yang mengalami tanda anak speech delay biasanya menunjukkan kesukaran dalam berkomunikasi, sama ada melalui kata-kata, ekspresi, atau isyarat. Sebagai ibu bapa, memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan ini boleh membantu anda mengambil langkah yang proaktif.

5 Tanda Anak Speech Delay

1) Tidak Menggunakan Isyarat Seperti Melambai pada Usia 12 Bulan

Pada usia 12 bulan, bayi biasanya mula menggunakan isyarat seperti melambai tangan untuk berkomunikasi. Ketiadaan isyarat ini mungkin menunjukkan kelewatan dalam perkembangan komunikasi non-verbal. Isyarat seperti melambai bukan sahaja tanda interaksi sosial, tetapi juga asas kepada perkembangan bahasa. Ini adalah tanda anak speech delay yang perlu dipantau!

Komunikasi non-verbal merujuk kepada kemampuan seseorang, terutama kanak-kanak, untuk menyampaikan mesej, emosi, atau keperluan tanpa menggunakan kata-kata. Ini adalah aspek penting dalam komunikasi awal sebelum kanak-kanak dapat bercakap, dan ia membantu membina asas untuk perkembangan bahasa verbal.

2) Lebih Suka Menggunakan Gerak Isyarat daripada Perkataan pada Usia 18 Bulan

Menjelang usia 18 bulan, kanak-kanak sepatutnya mula menggunakan lebih banyak perkataan dalam komunikasi harian. Jika mereka masih bergantung kepada gerak isyarat berbanding perkataan, ini mungkin petanda kelewatan pertuturan. Kebergantungan kepada gerak isyarat menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut mungkin menghadapi kesukaran dalam menguasai bunyi atau struktur perkataan.

Situasi ini memerlukan perhatian kerana penggunaan perkataan adalah langkah penting dalam perkembangan bahasa dan komunikasi yang efektif. Penggunaan gerak isyarat yang berterusan tanpa perkembangan dalam penggunaan kata-kata menunjukkan kelewatan dalam pertuturan ekspresif.

Ini boleh berlaku kerana kekurangan pendedahan kepada komunikasi verbal atau masalah asas seperti kelemahan otot mulut atau masalah pendengaran. Untuk permulaan para ibu bapa perlu mengenal pasti tanda anak speech delay!

3) Tidak Mampu Menyambungkan Dua Perkataan pada Usia 2 Tahun

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak biasanya boleh menggabungkan dua perkataan untuk membentuk frasa ringkas seperti “nak susu” atau “main bola”. Ketidakmampuan untuk melakukan ini mungkin menandakan kelewatan dalam perkembangan bahasa ekspresif.

Penggabungan perkataan menunjukkan pemahaman tentang struktur bahasa dan kemampuan untuk menyampaikan keinginan atau perasaan. Jika kanak-kanak tidak mencapai tahap ini, ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk berinteraksi dan menyatakan diri dengan jelas.

4) Sukar Memahami Arahan Mudah pada Usia 2 Tahun adalah tanda anak speech delay

Kanak-kanak berusia 2 tahun seharusnya dapat memahami dan mengikuti arahan mudah seperti “ambil bola” atau “mari sini”. Jika mereka menghadapi kesukaran dalam memahami arahan sebegini, ia mungkin menunjukkan kelewatan dalam perkembangan bahasa reseptif.

Pemahaman arahan mudah mencerminkan keupayaan kanak-kanak untuk memproses bahasa dan bertindak balas dengan sesuai. Kesukaran dalam aspek ini boleh menjejaskan interaksi harian dan pembelajaran mereka.

5) Ucapan Sukar Difahami oleh Orang Lain pada Usia 3 Tahun | Tanda anak speech delay paling ketara

Menjelang usia 3 tahun, pertuturan kanak-kanak seharusnya cukup jelas sehingga orang di luar keluarga terdekat dapat memahaminya. Jika ucapan mereka masih sukar difahami, ini mungkin tanda kelewatan dalam perkembangan artikulasi atau fonologi.

Pertuturan yang jelas penting untuk komunikasi yang efektif dan membina hubungan sosial. Kesukaran dalam aspek ini boleh menyebabkan rasa frustrasi pada kanak-kanak dan menghalang mereka daripada berinteraksi dengan persekitaran secara positif.

Artikulasi merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan bunyi-bunyi tertentu dengan tepat menggunakan alat pertuturan mereka, seperti lidah, bibir, gigi, dan rahang. Apabila seorang kanak-kanak menghadapi masalah artikulasi, mereka mungkin menghasilkan bunyi yang salah atau sukar menyebut bunyi tertentu.

Fonologi pula merujuk kepada pemahaman kanak-kanak tentang bunyi-bunyi dalam bahasa, termasuk cara bunyi itu diatur dan digunakan untuk membentuk perkataan. Ia lebih berkaitan dengan pola bunyi dan sistem bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak dengan masalah fonologi mungkin memahami dan boleh menghasilkan bunyi tertentu, tetapi mereka menggunakan bunyi tersebut dengan cara yang salah dalam konteks tertentu. Ini menunjukkan bahawa tanda anak speech delay yang sangat ketara!

Alat permainan yang dapat membantu anak speech delay

Bubble (Mainan Buih)

Tanda anak speech delay
Sumber: Pinterest

Aktiviti bermain buih memerlukan anak meminta lebih banyak buih, seperti berkata “lagi,” “tiup,” atau “pecah,” yang menggalakkan mereka menggunakan kata-kata mudah. Pergerakan buih menarik perhatian anak dan melibatkan mereka dalam komunikasi non-verbal seperti menunjuk atau membuat kontak mata yang menjadi asas kepada komunikasi verbal.

Ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan permainan bubble ini untuk memperkenalkan perkataan baru, seperti “besar,” “kecil,” atau “terbang.”

Wooden Magnetic Fishing Game

Tanda anak speech delay
Sumber: Pinterest

Wooden Magnetic Fishing Game adalah permainan melibatkan anak menangkap ikan dengan magnet, yang memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari nama warna, nombor, atau nama haiwan. Anak dapat melatih kemahiran komunikasi dengan meminta giliran, seperti berkata “saya nak,” atau “giliran saya.”Aktiviti ini juga mendorong anak mengikuti arahan mudah, seperti “cuba tangkap ikan biru,” yang membantu menguatkan bahasa reseptif (pemahaman).

Hedgehog Montessori Toys

Sumber: Pinterest

Mainan ini biasanya melibatkan memasukkan batang atau objek kecil ke dalam badan landak. Ia boleh digunakan untuk mengajarkan konsep asas seperti warna, bentuk, dan nombor sambil melibatkan anak dalam perbualan. Kanak-kanak dapat belajar kata-kata seperti “masuk,” “keluar,” “banyak,” atau “sedikit,” bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

Mainan ini juga melatih koordinasi mata-tangan dan tumpuan, yang membantu mereka memberi perhatian semasa berkomunikasi. Boleh klik di sini untuk membeli!

Electric Cactus Singing & Dancing

Sumber: Pinterest

Electric Cactus Singing & Dancing adalah permainan yang menarik perhatian kanak-kanak dengan gerakan dan muziknya serta kebolehan merakam dan memulang suara. Anak dapat didorong untuk meniru bunyi atau kata-kata yang dimainkan oleh mainan, yang menggalakkan mereka berlatih pengucapan. Interaksi dengan mainan ini juga membantu mereka mempelajari konsep seperti “nyanyi,” “tari,” atau “ulang,” yang memperkayakan perbendaharaan kata mereka.

Setiap alat permainan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menjadi alat terapi yang berkesan bagi para ibu yang sedar tanda anak peech delay ada pada anak mereka. Dengan panduan dan penglibatan ibu bapa, permainan ini dapat menggalakkan anak berkomunikasi, melatih interaksi sosial, serta memperbaiki kemahiran bahasa mereka secara semula jadi.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Tanda Anak Speech Delay. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply