You are currently viewing Ibu Hamil Risau untuk Menyusu?

Ibu Hamil Risau untuk Menyusu?

7 Penjelasan untuk Ibu Mengandung yang Risau untuk Menyusu



Usah risau untuk menyusu sewaktu mengandung. Ibu boleh jadi mengandung ketika masih menyusukan anak kerana biarpun:

  1. Bayi berusia kurang 6 bulan

  2. Bayi tidak makan/minum apa apa selain susu ibu

  3. Ibu belum datang haid

Berikut merupakan beberapa perkara yang ibu menyusu perlu tahu :

Perkara No#1
Usah risau untuk menyusu kerana Kuantiti Susu Ibu

 

Statement yang ‘cliche’ atau kebiasaannya iaitu mengandung akan menyebabkan produksi susu merudum kadangkala menyebabkan susu ibu merudum SEBAIK sahaja dia tahu dia mengandung
(Emosi mengambil alih peranan disitu).
Setiap ibu mengalami proses yang berbeza walaubagaimanapun ada ibu yang tidak mengalami sebarang perubahan produksi susu terutama semasa 3 bulan pertama.

Perkara No#2 yang ibu hamil risaukan
Nutrisi Bayi


Susu ibu bukan lah sumber utama nutrien bayi bagi yang berusia diatas 6 bulan.
Anak yang berusia diatas 1  tahun biasanya minum susu perahan sebanyak 7-8 oz sepanjang siang sewaktu ibu bekerja.
Makanan boleh diberikan kepada 3 sesi, pagi, petang dan malam. Snack nya seperti roti, biskut dan buah juga ditambah bagi memenuhi keperluan nutriennya.
Anak-anak memerlukan kalsium dan iron yang tinggi.
Selain daripada susu, sumber kalsium yang baik ialah soya, bijan, almond, brokoli, carrot dan orange
Sumber makanan yang tinggi iron pula ialah daging segar, tuna, salmon, tofu, beans, ayam dan turkey.

Perkara No#3
Risiko Keguguran jika Menyusu


Menyusukan semasa mengandung adalah selamat.
Benar, terdapat risiko kontraksi yang disebabkan pengecutan di payudara semasa penghasilan susu
Hormon oksitosin yang sama mempunyai fungsi pengecutan di bahagian uterus.

Walaubagaimanapun penerima (reseptor) kontraksi di bahagian uterus masih ‘belum matang’ untuk menerima kontraksi yang dihantar. Lalu ianya tidak boleh menyebabkan kelahiran awal.
Untuk ibu-ibu yang pernah mengalami keguguran, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor peribadi anda.

Perkara No#4
Ibu risau Kesihatan Ibu


Ibu perlu mendapatkan ilmu ‘eat-for-three’ iaitu makan apa sahaja yang nampak berkhasiat. Ianya bagus bukan?
Sekiranya anda mengalami pening kepala atau ‘pusing’, makan sebahagian kecil sebelum anda mengepam atau menyusukan.

Pastikan anda ada coklat, biskut, kurma atau buah di atas meja kerja anda untuk dimakan selang 2-3 jam.
Minum air masak dengan banyak.

 

risau untuk menyusu
Ibu mesti minum air dan makan dengan sihat

Dan dapatkan berat yang bersesuaian pada setiap kali pemeriksaan. Anggaran 10-15 kg tambahan berat ibu bagi setiap kehamilan.
Pengambilan kalori seharian untuk ibu menyusu ialah 1900 cal.Kalori yang diperlukan bagi ibu yang menyusu dan mengandung ialah:

 

Trimester Pertama : Tiada tambahan kalori
Trimester Kedua    : Tambahan 340 cal
Trimester Ketiga    : Tambahan 450 cal

Amalkan pengambilan kalsium dan pil zat besi yang disyorkan oleh doktor peribadi anda.

Kerisauan ibu No#5
Kesihatan Bayi dalam Kandungan


Berat anggaran bayi atau Estimated Fetus Weight (EFW) haruslah berkadaran dengan yang sepatutnya pada setiap kali pemeriksaan lanjutan.

Perkara No#6
Keadaan Bayi yang Sedang Menyusukan


Setiap titis susu ibu itu sangat berharga kepada anaknya walau berapa tahun usianya.
Penyusuan selepas usia 1 tahun adalah lebih kepada ikatan ibu dan anak. Mungkin ‘ubat’ untuk menyusukan bayi contohnya (Comfort Sucking) atau melepaskan rindu.

Susu ibu bukanlah sebagai sumber nutrisi utama bayi selepas usianya 6 bulan.

Setiap kali bayi anda menyusu dari anda, perhatikan samada ada tindakan menelan (swallowing).
Perhatikan juga jika bayi kerap bangun untuk menukar ke payudara sebelah lagi.

 

Perkara No#7
Perubahan Rasa Susu


Susu ibu mengandungi khasiat yang baik untuk bayi. Semua ibu mengalami proses yang berbeza.
Ada juga ibu yang mengalami pertambahan susu semasa mengandung.
Pada trimester kedua, ibu akan menghasilkan susu berpisah (weaning milk) yang kurang laktosa (kurang manis) dan lebih sodium (rasa masin).

Jadi bayi akan lebih minum air kosong selepas minum susu ibu. Mungkin berbeza mengikut bayi.
Biasanya, pada trimester ketiga kehamilan badan ibu akan mula menghasilkan susu dalam bentuk kolustrum.
Kolustrum bersifat pelawas maka najis bayi anda mungkin akan berubah keadaannya ianya bukan cirit birit.

Tips tambah susu badan

 

Ambil perhatian untuk perkara ini:

  1. Umur bayi yang sedang menyusu dengan anda sekarang

  2. Usia kehamilan anda

  3. Keadaan kesihatan ibu samada mengalami pitam, pening kepala, terlalu dahaga dan lain lain.

Menyusu semasa mengandung (Nursing while Pregnant) adalah keputusan ibu dan bayi. Sekiranya ibu gembira dengan apa yang sedang dilakukannya,tahniah dan teruskannya!
Anda adalah ibu yang hebat!
Menyusu semasa mengandung juga adalah tidak dijangka dimana bayi anda mungkin mahu berpisah susu awal. Terutama apabila merasakan susu ibu berkurang atau berubah rasa.

Mungkin bayi akan menyambung menyusu semasa third trimester.
Bayi kini adalah abang atau kakak yang berkongsi susu dengan adiknya apabila ibu lahir nanti!

Sumber rujukan : Adventures in Tandem Nursing by Hillary Flower

Mahu dapatkan The Milk Story Milk Booster? Kini ibu dan tak risau untuk menyusu lagi. Klik button di bawah.

tambahkan susu ibu

Leave a Reply