Sudah masuk bulan puasa iaitu Ramadan yang mulia. Cik Luna yakin mesti ada ibu dan ayah yang sedang mencari platform yang sesuai untuk tontonan anak-anak sewaktu Ramadan kan? Cik Luna ada cadangan tau iaitu Durioo+! Jom Cik Luna senaraikan antara siaran di Durioo+ yang sesuai untuk tontonan anak-anak ibu dan ayah ya.
Apa itu Durioo+? | Tontonan Anak-anak Sewaktu Ramadan
Durioo+ merupakan platform video yang dicipta khas untuk anak-anak beragama Islam dan selamat ditonton oleh sesiapa sahaja. Durioo+ ini turut disokong oleh tokoh-tokoh terkemuka seperti Profesor Muhaya, Ustaz Don serta tokoh antarabangsa seperti Mufti Menk dan Imam Omar Suleiman. Wah, memang betul-betul selamat la kan kalau begini gayanya!
Ibu dan ayah yang melanggan Durioo+ tidak perlu risau dengan kandungannya kerana dijamin tiada kandungan negatif dan hanya penuh dengan nilai Islam. Bukan itu sahaja, anak-anak ibu dan ayah juga tidak perlu menunggu ads seperti di Youtube jika menonton Durioo+. Pelan Durioo+ juga tidaklah mahal harganya dan bermula dari RM12.90 .
Senarai Animasi di Durioo+
Memetik perkongsian dari Pija Ramli di Facebook, beliau berkongsi tentang siaran yang menarik di Durioo+ untuk tontonan anak-anak sewaktu Ramadan ini. Beliau sangat merekomendasikan Durioo+ ini kerana kandungannya yang ditapis dan sentiasa dipantau serta ditambah baik. Menurut Pija Ramli juga, Durioo+ mendengar suara ibu ayah untuk memastikan kandungan yang ditonton anak kecil tidak memudaratkan perkembangan mereka. Berikut ialah antara siaran di Durioo+ :
1. Little Ammar (Ramadan Special)
Little Ammar (Ramadan Special) ini memaparkan lagu-lagu istimewa khas untuk Ramadan. Mesti anak-anak ibu dan ayah suka menontonnya sambil menyanyi. Terdapat juga siri-siri Little Ammar yang lain yang boleh ditonton di Durioo+.
2. Ramadan With Abibi (Ramadan Special)
Siapa kenal Abibi ini? Haa, Abibi banyak mengajar anak-anak tentang kelebihan berpuasa pada siri yang istimewa ini. Bukan itu sahaja, Abibi juga menyelitkan nilai Islam secara halus dalam penyampaiannya seperti menyebut Alhamdulillah dan Masyaallah.
Kalau anak-anak ibu dan ayah tengok Abibi, mesti mereka akan terpengaruh dengan penyampainnya yang sangat bagus ini!
3. Alif & Anis | Tontonan Anak-anak Sewaktu Ramadan
Keletah kembar ini sangat mencuit hati dalam siri Alif dan Anis. Siri Alif dan Anis ini menunjukkan keakraban kembar yang berlainan jantina ini dalam kehidupan seharian mereka. Bagi siri Alif dan Anis Raya ini semestinya akan menunjukkan bagaimana mereka mempersiapkan diri untuk Ramadan serta Syawal. Hanya eksklusif di Durioo+ tau.
Haa, sebenarnya banyak lagi siri di Durioo+ yang menarik dan dapat menambahkan ilmu anak-anak ibu dan ayah. Ibu dan ayah bolehlah melanggan di laman web Durioo+. Moga perkongsian ini dapat memanfaatkan ibu dan ayah. Setakat ini dahulu perkongsian dari Cik Luna, kita jumpa di perkongsian lain ya!
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.