Hari Raya tidak lengkap tanpa aktiviti beraya bersama bayi kita dengan mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan saudara-mara yang duduk jauh dan sudah lama tidak berjumpa kan. Tapi, Cik Luna nak pesan kepada ibu ayah ni mengenai tips beraya bersama si kecil.
Jom baca artikel yang Cik Luna tulis ini sehingga habis ya!
1. Elakkan bayi dicium | Beraya Bersama Bayi
Ramai yang beranggapan bahawa ibu bapa yang menghalang untuk anaknya dicium sebagai seseorang yang sombong. Tetapi, dalam hal ini Cik Luna menyokong tindakan ibu bapa tersebut 100%. Ini kerana bayi yang dicium oleh orang luar dikhuatiri akan berlaku pertukaran bakteria. Dari bakteria ini pula, bayi berisiko untuk terkena ruam kulit, sakit perut, muntah dan lain-lain.
2. Elakkan bayi disuap makan
“Comelnya baby ini, nak bagi kek la”. Ha pernah tak ibu ayah terdengar orang berkata macam ini ketika nampak bayi anda? Kalau boleh, halanglah mereka dari menyuap sebarang makanan yang kita tidak tahu bahan masakannya. Perut bayi sangat sensitif kerana sistem penghadaman mereka belum cukup ‘matang’ untuk menerima sebarang makanan yang tidak kena dengan tubuh badannya. Kalau nak lebih selamat, ibu ayah boleh sediakan snek bayi supaya mudah untuk diberikan kepada bayi anda nanti.
3. Jauhkan Bayi Dari Asap Rokok
Dah habis bulan puasa nanti, memang akan ada masyarakat yang merokok tidak kira di kawasan mana-mana. Ibu ayah mesti alert terhadap perokok ini semua supaya tidak terlalu dekat dengan bayi anda. Bukan setakat bayi, ibu yang hamil juga tidak digalakkan berdekatan dengan asap rokok. Asap rokok ini jika terhidu, bayi kita berkemungkinan akan mengalami sesak nafas kerana sudah terserap ke saluran darah mereka.
Sampai sini dahulu perkongsian Cik Luna dalam artikel ini. Ibu ayah jangan lupa tips ini semua ya kerana memang sangat bermanfaat waktu Raya yang bakal menjelma nanti. Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat ibu ayah aplikasikan.
Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.