+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Berapa Banyak Bayi Minum Susu Ibu (Berapa oz)

Berapa Banyak Bayi Minum Susu Ibu (Berapa oz)

Berapa banyak bayi minum susu ibu sebenarnya?

Artikel oleh Puan Suraya Ali, Perunding Laktasi ini adalah mengenai berapa banyak bayi minum susu ibu (melalui botol) sewaktu ibunya bekerja.

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah

Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja.

Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil.

 

Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)

Ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing
Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “pam/perah susu sehingga payudara kosong”

berapa banyak bayi minum

Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

Ini adalah panduan untuk ibu dalam bentuk formula.

Formula ini hanya sebagai panduan untuk mengagak berapa banyak bayi minum susu ibu semasa ibu keluar bekerja dan bukannya semasa didalam pantang sewaktu ibu masih bercuti.

Ianya boleh jadi berbeza mengikut bayi.
Sekurang-kurangnya anda memahami asasnya.

Terma ini akan digunakan :
Berapa jam anda meninggalkan bayi (H)
Anggaran satu botol ialah 3 oz (B)
3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda
Biasanya bayi akan minum selang 2 jam dan sedikit-sedikit

Untuk bayi di bawah usia 6 bulan

Formulanya ialah B = H / 2
Contohnya kita bekerja 10 jam. Bahagi 2 sama dengan 5 botol susu diperlukan .
5 botol susu sama dengan 15 oz (5 *3oz).
Untuk bayi berusia 6 bulan sehingga 12 bulan
Formulanya ialah B = (H/2)-1
Contohnya ibu bekerja 12 jam.
Bahagi 2 sama dengan 6 botol susu. Tolak 1 botol sama dengan 15 oz.
1 botol yang kita tolak adalah kerana bayi sudah boleh makan dan hidangan tersebut boleh digantikan dengan makanan seperti nasi, sayur mahupun buah.

Untuk mengetahui berapa banyak bayi minum elepas bayi berusia 12 bulan ke atas
Formulanya ialah B = (H/2) -2
2 botol yang ditolak juga kerana menggantikannya dengan makanan bayi.
Semakin bayi membesar, ibu akan menghasilkan susu yang semakin berkurangan kerana hormon prolaktin yang menyusut dan dalam masa yang sama bayi anda bersedia untuk menikmati pelbagai kelazatan makanan.

Cadangan Cara Bayi Menyusu Semasa Ibu Bekerja :

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya

Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya ibu.
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)

Jom cuba The Milk Story Milk Booster dengan rumusah halba untuk membantu ibu meningkatkan susu ibu.

Nak belajar cara tambah susu? Klik link ini ya!

berapa banyak bayi minum

 

This Post Has 3 Comments

  1. assalam. puan.
    sy baru 2 minggu meninggalkan anak bersama pengasuh kerana bekerja (opis hour 8-5) . anak sy 3 bulan ..berat hampir 6kg
    pada awalnya saya memang latih anak sy minum menggunakan botol selama 2 minggu sebelum masuk kerja & sy dapati anak sy boleh abiskan 4-5 botol (3oz) pada waktu siang (7pg-6ptg). saya akan pastikan setiap 2 jam barulah anak sy akan diberi susu walaupun dia menangis . (dalam tempoh menangis, sy akan tenangkan dia dengan bermain, bercakap & mengangkat dia)..

    tapi bila di rumah pengasuh, apabila saya bekalkan 4-5 botol dengan kadar 3 oz, pengasuh selalu bagitau susu tak cukup & anak sy kuat menyusu.. & baru2 ni sy tambahkan 3.5 oz setiap botol sebanyak 6-7 botol.. memang habis anak sy minum.

    persoalannya, sesuai ke dengan kadar 3.5 oz dengan jumlah 7 botol? saya pernah pesan untuk jarakkan gap menyusu at least 2 jam tapi saya fikir mungkin pengasuh takbuat pesanan saya ni. apa perlu sy buat?
    risau jugak sebab sekarang demand anak memang tinggi tapi susu yang diperah hanya dapat 3-4 oz untuk setiap sesi. sy pam di opis untuk 3 sesi.. sekarang pam arini untuk bekalan esok, taksempat nak buat simpanan

    ——
    Terima kasih Puan Saadah kerana menulis kepada kami.

    Kam memahami situasi dan keadaan Puan. Tahniah kerana memilih untuk menyusukan baby Puan. Ianya bukan mudah kan dan Puan tetap lakukannya!

    Berkenaan peningkatan jumlah susu yang diambil oleh baby Puan dirumah pengasuh, Puan perlu berbincang dengan pengasuh untuk mengurangkan jumlah susu kepada 5 botol sehari. Satu botol boleh beri 3.5oz ke 4 oz.

    Ajak baby bermain dan lekakannya berbanding terus memberikannya susu. Puan cuba ya.

  2. Assalamualaikum..

    Puan,

    anak saya berusia 1tahun 3bulan…saya tinggalkan dirumah pengasuh dari 8.00am-6.00pm ..di pejabat sy pam sebanyak 4x dapat 12 oz sehari tetapi setiap hari pengasuh meminta saya memberi 18oz sehari jadi saya terpaksa menghantar susu perahan pertama pd pengasuh membuatkan sy tidak mampu mengejar demand anak..apabila bertanya pada pengasuh adakah anak saya makan, beliau menjawab ya anak saya makan. masalah saya di sini demand anak saya terlalu tinggi 18oz sedangkan penghasilan susu hanya 12oz sehari.

    perlukah saya minta pada pengasuh untuk beri anak saya 12oz sahaja sehari???

  3. Asskm… Di sni. Sya nak.berkongsi masalah yg sya alami skrg ni.. Ank saya tolak botol susu. Stressss.. Dh bnyk. Botol ssu sya tukar. Dr yg mahal hinggalah yg murah masih juga tolak.susah g sya sbb sya bekerja shif. Suami yg jaga anak time.sya kerja. Tp bb memeang xnk lngsung mnm guna botol. Skrg mnm susu gne pacigari.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart