+6010-241 4050 | info@lunatots.com

Program Saintis Muda Muslim

Oleh Puan Suraya Ali
www.surayaali.com

Hari Sabtu 2 April 2016 saya bawa anak anak ke Program Saintis Muda Muslim di Taman Tasik Cempaka Bangi.

Ayah anak anak pun mesti ikut untuk quality time haha dengan alasan –> Mommy tak tahu nak parking mana nanti.

Kami sampai awal 7:34 am.
Waktu direkodkan oleh Zikry.

Program anjuran ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) ini saya lihat posternya di wall sahabat FB Suhaily.

Sambil menanti penganjur menyediakan meja meja aktiviti, kami makan dulu.

Wajah pasrah makan muffin dan buah buahan serta air kosong. Haha.

wpid-wp-1459639543795.jpg

Selesai makan, kemas kemas dan ikat rambut anak dara — dah mula ramai orang mengunjungi meja saintis.

Mula mula kena daftar dahulu.
Ini program i-backyard science.

Zikry, Dzakwan dan Alya kena tulis nama sendiri.

image

Bila daftar, anak anak akan dapat borang dan kena pergi buat aktiviti di 5 booth yang disediakan.

image

Booth pertama yang kami singgah ialah Booth Mikrob.
Aktiviti sains untuk melihat bagaimana apabila mikrob dalam yis bercampur dengan air dan gula didalam air gas boleh meniup belon.

Ianya bukti mikrob itu hidup.
Dan Mommy kagum (haha).

image

Bagus dan sabar sangat cikgu cikgu yang mengajar. Teratur dengan besen dan tempat buang sampah.

Apa yang anak anak belajar ialah kita hidup didunia saling berkongsi (biarpun dengan mikrob yang tidak dapat dilihat oleh mata kita!)

Subhanallah. Memang mengkagumkan.

image

Booth kedua kami singgah ialah Booth Mengotorkan Air haha apakah namanya itu?

Nama program diberikan oleh Mommy.
Konsepnya ialah apabila air berwarna biru dan kobis diletakkan  didalamnya, kobis akan bertukar warna.

Maksudnya anak anak akan belajar bahawa kita mesti menjaga kebersihan air kerana ianya adalah segala galanya.

Ia membekalkan kebaikan diselurug kehidupan.
Dan manusia yang perlu memelihara kebersihannya.

Ini saintis yang comel haha.

image

Kami berpindah ke booth ke tiga.
Setiap kali selesai satu aktiviti, anak anak akan dapat stamp di borang mereka.

image

Ini Booth First Aid dimana anak anak belajar tentang keselamatan di padang, menaiki basikal dan juga melintas jalan.

Waktu ni anak anak belajar mengikat anduh.

image

Ini sahaja gambar yang ada. Anak anak Mommy tak mahu berlakon patah tangan haha.

Waktu tu cikgu announce tinggal buat 3 aktiviti dan buat Tasmik Al Fatihah sahaja tak perlu 4 aktiviti kerana orang sudah mulai ramai.

Dzakwan sudah meragam kerana dia nak buat eksperimen mewarnakan air (dibooth sebelum ini) tapi tak berpeluang kerana satu grup ada 3 orang dan seorang sahaja dapat buat.

Zikry beritahu Mommy mari kita main di playground pula.
Mommy kata eh tinggal 1 sahaja lagi sebelum dapat hadiah.
Zikry dan Alya bersetuju “Tak apalah Mommy, kita beri pada orang lain”
Haha. Terganggu emosi Mommy.
Tapi kita datang untuk dapat hadiah at least botol air haha!

Selepas itu kami meninggalkan program itu tanpa menyelesaikan (semua) tugasan.

Untuk info lanjut mengenai i – backyard science di FB mereka ya.

Sebagai individu saya sangat kagum dengan program ini. Ianya benar benar komuniti Muslim yang dibanggakan.
Makan dan minuman percuma disediakan.

Benar benar recommended.
Mereka ada program seterusnya selepas ini dan saya pasti akan bawa anak anak lagi.

Lihat di FB i-backyard science ada bedah katak bedah ikan — tak sabar weh!

Eh Mommy pun nak juga jadi saintis hihi.

Pagi ini berpeluang mendengar usrah di Ikim.fm tentang Al Wahnu. Tentang bagaimana orang Islam kini dikeronyok keronyok.

Dunia ini sementara namun usah dipandang mudah.
Letakkannya ditangan ditatang dengan baik.
Simpan akhirat dalam hati untuk tiba dengan cemerlang.

InshaAllah.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart