You are currently viewing Simptom HFMD pada bayi

Simptom HFMD pada bayi

Simptom HFMD pada bayi biasanya bermula dengan demam, diikuti ruam serta lepuh di tangan, kaki, dan mulut. Penyakit ini mudah merebak melalui sentuhan cecair dari lepuh atau air liur. Ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda awal untuk mencegah jangkitan. Mari baca artikel ini dengan lebih mendalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini!

HFMD atau Hand, Foot, and Mouth Disease ialah jangkitan virus yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil di bawah umur 5 tahun. Gejala awal termasuk demam, sakit tekak, hilang selera makan diikuti dengan kemunculan ulser yang menyakitkan di dalam mulut. Ruam atau lepuh pada tangan, kaki dan kadangkala punggung juga akan berlaku apabila terkena penyakit ini.

Penyakit atau simptom HFMD pada bayi ini mudah merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair daripada lepuh atau air liur individu yang dijangkiti. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk memastikan kebersihan diri dan persekitaran terjaga, seperti mencuci tangan dengan kerap dan membersihkan permukaan yang sering disentuh, untuk mencegah penularan penyakit ini.

Ibu, ayah jangan panik dahulu! Mari ketahui bagaimana ia tersebar serta cara mencegah dan merawatnya dalam perkongsian Lunatots ini!

Berapa hari tempoh jangkitan HFMD?

Untuk pengetahuan, virus-virus yang menjadi punca HFMD ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki. Virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari. Tempoh inkubasi HFMD biasanya antara 3 hingga 7 hari dan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu.

Tambahan. situasi ini menjadikan HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat, melalui perkongsian peralatan atau mainan, serta apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik, khususnya selepas menukar lampin.

Simptom HFMD pada bayi

Berikut adalah simptom-simptom HFMD pada bayi:

  • Demam: Biasanya demam ringan yang mungkin menjadi tanda awal jangkitan.
  • Sakit tekak: Bayi mungkin menunjukkan ketidakselesaan atau kesukaran menelan.
  • Hilang selera makan: Disebabkan oleh ulser mulut yang menyakitkan.
  • Ulser mulut: Luka kecil seperti lepuh yang muncul di dalam mulut, termasuk tepi lidah.
  • Ruam atau lepuh: Bintik-bintik merah atau lepuh yang muncul pada tapak tangan, jari, tapak kaki, dan kadangkala kawasan lampin.
  • Keresahan atau meragam: Bayi mungkin menjadi lebih mudah marah atau sukar ditenangkan.
  • Keletihan: Bayi kelihatan letih atau kurang aktif daripada biasa.

Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?

Punca HFMD adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus. Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Individu dengan penyakit ini boleh menularkan jangkitan melalui:

  • Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
  • Air liur
  • Cecair daripada lepuh
  • Najis
  • Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin

Larangan apabila mengalami simptom HFMD pada bayi

Apabila bayi anda menunjukkan simptom Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD), adalah penting untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan keselesaan bayi dan mencegah penularan penyakit.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dielakkan:

  • Memicit Lepuh: Jangan picit lepuh pada badan bayi kerana cecair di dalamnya boleh menjangkiti orang lain.
  • Memberikan Makanan atau Minuman Panas: Elakkan memberi makanan atau minuman panas kepada bayi kerana ia boleh merengsakan ulser dalam mulut. Sebaliknya, berikan makanan dan minuman yang sejuk untuk membantu merawat ulser tersebut.
  • Menghantar Bayi ke Tempat Awam atau Pengasuh: Jangan hantar bayi yang dijangkiti HFMD ke taska, rumah pengasuh, atau tadika bagi mengelakkan penularan kepada kanak-kanak lain.
  • Memberikan Aspirin: Elakkan memberi aspirin kepada bayi kerana ia boleh menyebabkan sindrom Reye yang berbahaya dan berpotensi membawa maut.
  • Mengabaikan Kebersihan Tangan: Pastikan anda sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas menukar lampin atau menyentuh cecair badan bayi untuk mencegah penyebaran virus.

Rawatan HFMD & langkah pencegahan simptom HFMD pada bayi

Rawatan penyakit HFMD jika anak sakit tekak:

Merujuk kepada laman sesawang Hello Doctor:

  • Bagi anak setahun ke atas : Berikan sup, jus epal atau letakkan ½ sudu teh cecair antasid tanpa aspirin di depan mulut selepas makan
  • Untuk anak 4 tahun ke atas : Berikan lozeng atau semburan tekak tanpa benzocaine yang berbahaya kepada kanak-kanak. Boleh juga bilaskan mulut selepas makan dengan 1 sudu teh cecair antasid tanpa aspirin
  • Anak 6 tahun ke atas : Boleh berkumur tanpa menelan, jadi gunakan campuran ¼ sudu teh garam bersama segelas air suam. Kumurkan campuran 2-3 kali sehari, mengikut keperluan. Pastikan mereka meludahkannya selepas berkumur

Cara mencegah penularan simpton HFMD pada bayi:

  • Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata.
  • Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama.
  • Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya.
  • Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman.
  • Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
  • Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti

Tambahan produk selamat untuk merawat penyakit HFMD

1- Hand Sanitizer Bebas Alkohol untuk Bayi | Merawat simptom HFMD pada bayi

Simpton HFMD pada bayi

Penggunaan pembersih tangan boleh membantu mengurangkan penyebaran kuman. Namun, pembersih tangan berasaskan alkohol lebih berkesan dalam membunuh virus berbanding yang bebas alkohol. Jika menggunakan pembersih tangan bebas alkohol, pastikan ia terbukti berkesan terhadap virus dan sesuai untuk kulit bayi.

2- Tasneem Baby Balm

Produk seperti balm bayi biasanya digunakan untuk memberikan kelegaan simptom seperti hidung tersumbat atau ketidakselesaan bagi bayi ketika mereka demam.

3- Baby Toy & Surface Spray Cleaner | Merawat simptom HFMD pada bayi

Membersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh bayi adalah langkah penting dalam mencegah penyebaran virus. Pembersih yang digunakan selamat untuk bayi dan berkesan membasmi kuman.

4- Sarung Tangan Kain untuk Bayi

Memakaikan sarung tangan pada bayi mungkin membantu mengurangkan risiko mereka menyentuh mulut atau kawasan lain yang boleh menyebabkan penyebaran virus.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang Simptom HFMD pada bayi. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply