+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Lima (5) Sebab TAK BOLEH Beri Puting Kosong (Pacifier) Pada Bayi
Jangan beri puting kosong pada bayi

Lima (5) Sebab TAK BOLEH Beri Puting Kosong (Pacifier) Pada Bayi

Kenapa ibubapa tak boleh beri puting kosong pada bayi?

“Baby awak ni asyik menangis aje, beri puting kosong ni haaa” tegur sang nenek.

 

Aduh susah hatinya ibu muda dengan keadaan ini.

Ibubapa yang baru mendapat bayi biasanya akan susah hati bila anak menyusu tak berhenti-henti seolah-olah susu ibu tak cukup.
Kita akan terfikir untuk memberikan bayi puting kosong untuk menenangkannya.nak tambah susu

Artikel ditulis dari sudut penyusuan susu ibu oleh Konsultan Susu Ibu Puan Suraya Ali.

Dikongsikan artikel ini tentang lima (5) sebab TAK BOLEH Beri Puting Kosong (Pacifier) Pada Bayi.

Sebab Pertama tak boleh beri puting kosong #1

Menghisap (suckling) adalah naluri bayi. Sekiranya beliau lahir dalam keadaan yang sihat, bayi akan terus pandai menyusu dengan ibunya.
Tidak ada istilah ‘baby tak pandai menyusu’. Kita sahaja yang adakannya.

Rentak hisapan baby ada dua rentak.

Rentak yang pertama ialah laju untuk memberikan rangsangan (stimulation) pada payudara ibu.
Walaupun susu ibu terletak didalam kantung susu di payudara, hormon untuk menghasilkan susu iaitu prolaktin dan oksitosin berada di posterior kelenjar pituitari dalam otak ibu.

Rentak yang kedua lebih perlahan dan dalam sedutannya selepas anggaran 5 ke 10 minit pertama.

Sekiranya bayi diberikan puting, dia akan menghisap puting kosong bersungguh-sungguh.
Apabila menyusu dari ibu, bayi akan penat dan menghisap dengan perlahan.

Apabila hisapannya terganggu dengan kehadiran puting kosong, rangsangan mulut bayi pada payudara ibu akan terganggu seterusnya mengganggu pengeluaran dan penghasilan susu ibu.

tambahkan susu ibu

 

Sebab kedua #2

Apabila pengeluaran dan penghasilan susu ibu terganggu, bayi akan tidak dapat menyusu dengan jumlah dan komposisi yang sepatutnya.

Ini boleh menyebabkan berat bayi tidak naik dengan baik pada setiap kali check-up.
Apabila ditegur pegawai perubatan, ada ibu merasakan susunya tidak berkhasiat ataupun tidak cukup lalu menambah susu tepung.

Penggunaan puting kosong mengganggu bayi minum susu dengan jumlah yang sepatutnya.

 

Sebab Ketiga #3

Kebanyakan bayi baru lahir mempunyai sakit kuning (jaundice). Ianya bukan sesuatu yang serius namun perlu dikawal.
Ibu boleh membantu bayi menyingkirkan bilirubin (yang menyebabkan jaundice) dalam darah bayi melalui najisnya.
Bayi yang tidak menyusu dengan baik dari ibu dan leka dengan puting kosong boleh jadi mengambil masa yang lebih lama untuk menyingkirkan bilirubin tersebut.

Penyusuan susu ibu semasa 60 hari pertama mestilah tidak terganggu dengan sebarang puting kosong untuk mengurangkan jaundice.

puting kosong
Jangan beri puting kosong pada bayi

Sebab Keempat #4
Menangis adalah cara bayi berkomunikasi dengan ibubapanya.

Bayi memberitahu ibubapa perasaan dan keadaannya samada lapar, mengantuk, bosan, sakit dan juga perut tidak selesa.

Bayi yang diberikan puting kosong akan leka dan tidak berlatih berkomunikasi dengan keluarganya.
Ianya situasi yang tidak sihat untuk sebuah keluarga.
Walaupun kita rasa mereka masih kecil, ianya bermula dari hari ini.

 

Sebab Kelima #5

Menghisap jari adalah keperluan sosial bayi. Potong kuku bayi dengan pendek dan biarkan tangannya bebas tanpa sarung tangan (mitten) untuk tujuan eksplorasi.

Bayi memerlukan banyak sentuhan dan menyentuh dirinya sendiri menggunakan cara menghisap jari adalah salah satu caranya.
Selepas umur 1 tahun, habit ini akan perlahan-lahan berhenti. Berikannya lebih pelukan dan sentuhan.

Menghisap jari juga adalah cara bayi belajar menenangkan dirinya sendiri. Ianya antara skill survival manusia.

Puting kosong menggangu bayi untuk belajar skil ini.

 

Untuk belajar mengepam mulai dalam pantang, klik sini
Pantang larang dalam penyusuan? Baca disini

Nak order Milk Booster? Klik button dibawah. Mudah ajaaaa.

tambahkan susu ibu

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart