You are currently viewing Reviu Pam Susu Cimilre F1 – Pam Susu Terbaik 2020

Reviu Pam Susu Cimilre F1 – Pam Susu Terbaik 2020

Bagi anda yang baru pertama kali mendengar brand Lunatots, pam susu untuk ibu menyusu adalah salah satu produk selain daripada produk untuk ibu-ibu menyusu dan lampin bayi moden dan pam susu Cimilre F1 adalah antara produk terbaik untuk digunakan oleh ibu-ibu menyusu sepanjang masa. Ikuti reviu dari veteran Lunatots tentang pam susu ini ya (。•̀ᴗ-)✧


Pam Susu Cimilre F1 Terbaik – Reviu dari Lunatots

Kita sudah masuk ke tahun 2020, dan masih ada ibu-ibu yang bertanyakan tentang produk pam susu Cimilre F1 dengan Cik Luna.

Dan seperti biasa, Cik Luna sentiasa gembira untuk menjawabnya (^v^)

Bagi Cik Luna, Cimilre F1 ni produk yang paling bagus dan boleh bertahan lama di pasaran kerana pam susu ini menepati ciri-ciri yang ibu-ibu menyusu DAN bekerja terutamanya.

Dengan erti kata lain, untuk ibu-ibu yang gaya hidupnya kena sentiasa bergerak pantas dan aktif seperti ibu-ibu milenial yang lain 😉

Nak tahu sebabnya? Ikuti post-post berikutnya dari Cik Luna ya 🙂

___

Senyap dan Selamat

Pam susu Cimilre F1 ni pam susu elektrik yang tak bising. Motornya beroperasi hampir senyap, sesenyap burung-burung kecil yang berkicau ♫.(◕∠◕).♫

Ataupun sesenyap perpustakaan. 45 desibel (dB) sahaja. Tahap bunyi yang selamat ialah 85 db selama 8 jam. (sumber: http://www.myhealth.gov.my/your-ear/)

Senyap dan selamat kan?

pam susu cimilre f1-1

Comel dan Bergaya

Dengan saiz 97(W) x 93(H) x 58(D), berbadan putih, gabungan warna butang merah jambu-putih dan reka bentuk ‘end-curve’ yang melengkung memang tampak comel dan bergaya!

Kalau sumbat dalam beg tangan pun mesti muat punyalah. Lagi-lagi kalau letak dalam ‘cooler bag’ yang kita usung hari-hari tu kan? Dengan saiz sebegini, semestinya ada lebihan ruang untuk letak barang lain juga dalam beg kan?

pam susu cimilre f1-2

Ringan

Bagi Cik Luna, berat pam susu juga memainkan peranan penting. Nak usung ke sana ke mari mestilah pam susu elektrik kena jenis yang ringan kan?

Pam susu Cimilre F1 hanya seberat 250g. Beratnya nak dekat sama dengan power bank Cik Luna. Dan kedua-duanya kecil sahaja.

Dengan berat yang ringan dan reka bentuk yang kecil, Cimilre F1 sangat memudahkan ibu-ibu dan jimat ruang. Dan kurang sedikit sakit belakang pikul benda berat-berat kan?

pam susu cimilre f1-3

Tahan Lasak

Pam susu Cimilre F1 ni tahan lasak kalau ibu-ibu jaga komponen pam susu elektrik ini dengan baik, seperti mana-mana gajet elektronik yang lain juga. Komponen-komponen kecil seperti valve, tube kenalah dibersihkan dan diselenggarakan seperti manual ya. Kalau tak pasti, boleh tanya Cik Luna juga.

Pam susu ini direka dengan mengambil kira faktor untuk tempoh ibu yang ingin menyusu penuh anak mereka sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun. Teknologi Cimilre F1 juga datang dari Korea. Umumnya, semua orang tahu kan kualiti barangan elektronik yang datang dari sana macam mana kan?

Bagi yang tidak tahu, Cimilre dan Spectra datang dari tempat yang sama. Jadi, Cimilre F1 ni macam versi lite untuk Spectra (*・∀-)☆

pam susu cimilre f1-4

Bateri Tahan Lama

Kalau dicharge penuh, bateri Cimilre F1 boleh bertahan sehingga 2 jam lamanya jika ‘on’ berterusan. Ok lah kan? Satu sesi pumping pun biasanya mengambil masa 20-30 minit. Tak adalah sampai 2 jam.

Sekurang-kurangnya kalau kena ‘outstation’ ataupun ibu berada di luar kawasan yang sukar untuk mendapatkan power outlet, 3 sesi pumping masih boleh bertahan lagi. Lebih-lebih lagi, Cimilre F1 juga ada auto power off selepas 30 minit dalam ‘express mode.’ Semestinya ia juga pam susu yang smart!

Oh ya, Cimilre F1 juga direka untuk memaksimumkan mobiliti. Selain daripada kecil dan ringan, pam susu elektrik ini juga boleh digunakan sambil dicharge di dalam kereta. Cucuk sahaja ke outlet pencucuh rokok dalam kereta seperti kita charge handphone ya. Jangan risau tentang voltan sesuai ke tak; ianya direka ‘free volt’. Sebab itu charge dalam kereta pun boleh (⌒▽⌒)

pam susu cimilre f1-5

Berkeupayaan Tinggi

Cimilre F1 adalah pam susu elektrik berkeupayaan tinggi. Dengan ciri ‘dual pump mode’ dan ‘hands-free feature’, ibu-ibu tak perlu lagi pening-pening tak tahu nak utamakan kerja apa dahulu. Lepas ‘set up’, ibu-ibu boleh buat kerja depan komputer sambil pam kedua-dua belah sekaligus!

Jimat masa dan tenaga, kan?

pam susu cimilre f1-6

Mesra Pengguna a.k.a. Friendly User

Segalanya tentang pam susu elektrik Cimilre F1 ini sangat lah mudah untuk digunakan, walaupun ibu-ibu baru pertama kali mengendalikannya.

Paparan LCD yang dimainkan tidak kompleks; kalau tengah buat ‘express mode’, maka ditunjuknya ‘express mode’ dan level berapa, mengikut kesesuaian yang ibu-ibu sediakan. Begitu juga dengan ‘massage mode’. Warna lampu pun tak terang sangat, sesuai digunakan dalam bilik malap. Tak adalah sakit mata terkebil-kebil buat ‘setting’ dalam gelap kan?

Butang pengendaliannya juga bukan sahaja comel, malah ianya lembut sahaja. Oh ya, Cimilre F1 ada 10 level untuk ‘express mode’ (mod perahan) dan 5 level untuk ‘massage mode’ (mod urutan). Ianya memang direka mimik seperti sentuhan tangan kita sendiri (⌒▽⌒)

Pam susu cimilre f1-7

Bacaan Tambahan: Tips Tambah Susu Badan [link]

Antara testimoni ibu Lunatots yang telah menggunakan Cimilre F1

Sekian sahaja dari Cik Luna untuk entri kali ini. Jika anda baru pertama kali mendengar tentang Lunatots di blog ini dan sentiasa aktif ‘browsing’ tips-tip keibubapaan dan penyusuan yang santai dan sempoi, anda juga boleh ikuti Cik Luna dan team Lunatots di Facebook serta Instagram.

Jumpa lagi di blog entri yang lain ya~(。•̀ᴗ-)✧

Leave a Reply