Bayi Asyik Menyusu – Mungkin Ianya Adalah Beralih Bulan (Growth Spurt)
“Bayi asyik menyusu sahaja beberapa hari ini, melekap macam tak kasi saya buat apa-apa”
Ianya adalah antara aduan ibu kepada kami di Lunatots. Bagi ibu yang bergelar surirumah, masih banyak kerja yang perlu dilakukan namun bila bayi asyik menyusu, memang tak dapat siapkan banyak kerja rumah.
Bagi ibu yang bekerja, risau pula jika bayi meragam dirumah pengasuh ataupun taska. Di rumah pengasuh ada banyak bayi yang perlukan perhatian dan pastinya ini meresahkan individu yang menjaga anak kita juga.
Sabar ya ibu, ini boleh jadi proses beralih bulan ataupun Growth Spurt.
Proses ini berlaku ketika bayi berusia 3 hari, 7 hari, 14 hari, satu bulan, tiga bulan dan seterusnya 6 bulan. Ianya akan juga berlaku ketika bayi berusia 12 bulan iaitu satu tahun. Apa yang sebenarnya terjadi ketika growth spurt ini?
Ini 4 tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sedang mengalami proses beralih bulan ataupun growth spurt.
Tanda yang Pertama : Perubahan dalam Corak Penyusuan Bayi
Mungkin sebelum ini bayi anda menyusu dengan sangat teratur iaitu 2 atau 3 jam sekali dan tertidur lena selepas itu. Namun kini beliau berubah menjadi menyusu dengan lama tanpa henti-henti dan marah apabila puting dicabut dari mulutnya.
Perkara ini sangat merisaukan ibu kerana ibu menyangkakan susu ibu berkurangan dan tidak dapat membuatkan anaknya kenyang.
Ada juga ibu yang mengambil keputusan untuk mula memberikan anaknya susu tepung ataupun makanan kerana perkara ini berlaku.
Bagi ibu yang pertama kali menghadapinya memang risau. Namun bila ibu tahu tentang peralihan bulan ataupun growth spurt ini ibu akan lebih tenang.
Tips Lunatots – Teruskan penyusuan mengikut pattern yang bayi mahukan dan keselesaan ibu.
Bagus juga ketika ini jika ibu ambil The Milk Story Milk Booster Malaysia yang dipercayai ibu-ibu hamil dan menyusu sejak 2011. Ianya mengandungi halba untuk membantu ibu meningkatkan susu ibu terutama sewaktu bayi mengalami proses peralihan bulan iaitu growth spurt ini.
Tanda yang Kedua : Pertambahan (atau Pengurangan ) Jumlah Lampin Basah
Oleh kerana bayi lebih kerap menyusu, jadi lampin basah bayi juga semakin bertambah dalam sehari. Jika selama ini lampin bayi ditukar setiap 4 jam, semasa peralihan bulan, lampin bayi mungkin perlu ditukar setiap 2 ke 3 jam.
Terdapat juga kes dimana lampinnya semakin kurang perlu ditukar kerana jarak buang airnya semakin panjang. Ibu jangan risau ya, bayi semakin mempunyai pattern buang air kecilnya sendiri.
Tanda yang Ketiga : Perubahan Waktu Tidur Bayi
Selain bayi kerap menyusu, waktu tidur bayi juga mungkin berubah. Ibu atau penjaga akan mendapati bayi semakin kurang tidur selari dengan peningkatan usianya.
Bukan sahaja jadual bayi yang perlu diubah malah jadual ibu ataupun penjaga juga berubah. Bayi akan semakin banyak waktu berjaga dan memerlukan banyak permainan yang melekakannya.
Tanda yang Keempat : Bayi Asyik Melekap dan Meragam
“Aduh, apalah yang tak kena dengan anak saya ni. Asyik meragam je. Sebelum ni baik je”
Jika ibu pernah rasa seperti diatas, itu tandanya bayi sedang beralih bulan. Beliau akan kelihatan lebih ragamnya sehingga kita tak tahu apa nak buat.
Proses Beralih bulan atau Growth Spurt ni mengambil masa 2 hari sehingga 7 hari bergantung kepada bayi.
Ibu teruskan menyusu dan jangan tambah sebarang makanan lain sebelum bayi melepasi usia 6 bulan ya ibu. Makan dengan sihat dan minum air kosong mencukupi bagi membantu badan ibu menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Tahukah ibu? Dengan mengamalkan sehari 3 kali The Milk Story Milk Booster Malaysia, ianya dapat membantu ibu meningkatkan susu ibu terutama ketika bayi beralih bulan iaitu growth spurt ini.
Ibu dapatkan terus Milk Booster Malaysia di laman web Lunatots.
Baca mengenai milk booster Malaysia disini ya.