Anak-anak sering kali menangis apabila dihantar ke sekolah. Pulang dari sekolah juga asyik nak mengamuk sahaja. Penat ibu dan ayah melihat ragam anak-anak. Bertambah stress ibu dan ayah apabila anak-anak mula tantrum dan menunjukkan sikapnya. Kami dari Lunatots sangat memahami kepenatan ibu dan ayah. Oleh hal yang demikian, kali ini Cik Min nak kongsikan cara nak atasi anak tantrum sebaik sahaja pulang dari sekolah.
Kenapa Anak Tantrum?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak mula tantrum seperti berikut:
#1 Aktiviti Sekolah yang Meletihkan | Cara Nak Atasi Anak Tantrum
Anak-anak mula membuat perangai sebaik sahaja pulang dari sekolah kerana adanya aktiviti di sekolah yang memenatkan mental, fizikal, dan psikologi anak-anak. Tantrum ini akan wujud apabila anak-anak menahan emosinya (pendam) di sekolah dan meluahkannya di rumah. Hal ini kerana, rumah adalah tempat paling sesuai dan selamat baginya untuk meluahkan segala emosi yang dipendam.
#2 Penyesuaian Diri | Cara Nak Atasi Anak Tantrum
Anak mula tantrum apabila memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah. Kebiasaannya, anak-anak mula tantrum pada hari pertama persekolahan atau selepas cuti persekolahan. Hari Isnin merupakan hari mereka sering tantrum apabila dihantar ke sekolah.
#3 Faktor Lain
Ada juga faktor lain yang menyebabkan anak-anak mula beremosi. Antaranya, berpisah dengan ibu dan ayah apabila berada di sekolah, duduk berjam-jam di dalam kelas, bergaduh dengan rakan, atau sukar memahami pembelajaran.
Cara Nak Atasi Anak Tantrum
Segala tips untuk mengatasi anak tantrum ini, Cik Min dapatkan daripada laman web HelloDoktor. Terdapat 5 tips yang boleh dilakukan oleh ibu dan ayah. Antaranya, adalah seperti berikut:
#1 Elak Menanyakan Banyak Soalan
Secara umumnya, ibu dan ayah yang prihatin gemar mengambil tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di sekolah. Sering kali ibu dan ayah menanyakan kepada anak tentang aktiviti yang telah dilakukan. Namun, anak-anak merasakan soalan yang ditanyakan kepada mereka seolah-olah memberikan tekanan. Oleh hal yang demikian, anak-anak kerap kali mendiamkan diri apabila ditanya dan mula membentak sekiranya soalan tersebut masih berulang. Jadi, ibu dan ayah boleh mulakan sesuatu yang positif sebelum memulakan pertanyaan. Misalnya, “Wajah anak ibu nampak betul-betul gembiralah hari ini. Mesti ada aktiviti yang best dekat sekolah.”
#2 Sediakan Snek Kegemaran Anak | Cara Nak Atasi Anak Tantrum
Sebaik sahaja anak pulang dari sekolah, ibu dan ayah jangan terus menerjah anak-anak dengan soalan. Tetapi, sediakan mereka makanan atau snek kegemaran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak lapar selepas pulang dari sekolah. Jika ibu dan ayah menyediakan makanan buat anak-anak setelah pulang sekolah, ia pasti dapat membantu menaikkan mood mereka. Anak-anak pasti lebih teruja untuk berkongsi cerita kepada ibu dan ayah.
#3 Meluangkan Masa | Cara Nak Atasi Anak Tantrum
Ibu dan ayah perlulah meluangkan masa bersama-sama anak-anak selepas seharian mereka penat bersekolah dan membuat tugasan sekolah. Waktu yang paling sesuai untuk meluangkan masa bukanlah pada hari cuti semata-mata. Tetapi, pada waktu makan seperti makan malam bersama-sama. Sewaktu makanlah dapat mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu dan ayah. Tapi, ibu dan ayah perlu elak menanyakan soalan berkaitan dengan sekolah sekiranya mereka tidak ada mood.
#4 Beri Ruang kepada Anak
Ibu dan ayah perlulah menjadi pendengar yang setia dengan memberi anak ruang untuk mereka meluahkan segala yang terbuku. Ibu dan ayah juga perlu memainkan peranan penting dengan memberikan kata-kata semangat dan positif seperti, “Ibu tahu anak ibu kuat dan boleh lawan dengan masalah ini. Percayalah cakap ibu, bila ada masalah lagi besar, anak ibu boleh bertahan kerana sudah biasa.” Sebaik sahaja memberikan kata-kata semangat, peluk dan ciumlah ubun-ubun mereka seolah-olah menyalurkan semangat ke dalam diri mereka.
#5 Tanya kepada Guru | Cara Nak Atasi Anak Tantrum
Sekiranya ibu dan ayah ingin tahu perihal persekolahan anak-anak dengan lebih terperinci, sebaiknya ibu dan ayah menayakan kepada guru mereka. Mungkin secara tidak langsung, anda akan tahu punca anak tantrum setiap kali pulang dari sekolah.
Banyak cara nak atasi anak tantrum dengan mudah sebaik sahaja anak pulang dari sekolah. Oleh hal yang demikian, Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada ibu dan ayah. Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.
Klik di sini untuk baca.
Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!
Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.