You are currently viewing Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Menu diet bagi ibu hamil yang diabetes perlu diberikan perhatian agar si ibu dan kandungannya lebih terjaga. Terdapat beberapa jenis pemakanan yang perlu diambil dan dielakkan oleh ibu mengandung bagi memastikan keselamatan diri dan kandungan.

Menurut Asst. Prof. Dr. Mohammad bin Hj. Che’ Man yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Kulliyah of Medicine, IIUM Kuantan, mengatakan bahawa pengawalan gula sewaktu hamil amat penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Pemakanan ibu mengandung amatlah penting di setiap trimester kehamilan. Segala pemakanan ibu hamil ini, Cik Min dapatkannya daripada laman web Pa&Ma dan beberapa laman web lain.

Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Antara pemakanan yang perlu diberikan perhatian oleh ibu hamil yang mempunyai kencing manis adalah seperti berikut:

#1 Makanan yang Perlu Dielakkan

Makanan yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung adalah yang mengandungi gula/glukosa, di mana boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat. Antara makanannya adalah seperti berikut:

  • Gula putih, gula merah, gula batu, gula melaka, dan glukosa.
  • Air tebu, air kelapa, dan air nira.
  • Biskut manis, roti manis, kuih, kek, aiskrim, dan coklat.
  • Madu, jem, kaya, halwa, minuman kordial, minum bergas (karbonat), susu pekat, dan sirap.
  • Makanan dan minuman yang ditambah dan bersalut dengan gula seperti dalam tin. Misalnya, buah-buahan dalam tin.

#2 Makanan yang Perlu Dikawal | Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Makanan yang perlu dikawal ini tetap mengandungi gula. Namun, gula yang terkandung pada makanan ini merupakan gula kompleks yang diperlukan bagi memberikan tenaga kepada tubuh. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak. Jadi, makanan ini masih boleh diambil oleh ibu mengandung secara terkawal. Ibu hamil perlu mengikut nasihat pegawai dietetik atau pegawai sains pemakanan dalam pengambilan makanan ini. Antara makanannya adalah seperti berikut:

  • Bijirin seperti roti, nasi, oat, kuetiau, spageti, putu mayam, tose, dan biskut.
  • Sayuran berkanji seperti ubi keledek, ubi kayu, ubi kentang, jagung, kacang pea, kacang panggang, dan kacang dal.
  • Yogurt, susu tepung, susu segar, dan susu sejat.
  • Semua jenis buah-buahan.

Susu dan buah-buahan perlu diambil sebelum atau semasa makan dan elakkan daripada mengambilnya semasa perut kosong. Makan buah-buahan juga adalah lebih baik berbanding minum jus buah.

#3 Makanan yang Bebas Diambil

Makanan ini tidak mengandungi gula ringkas dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Sayur-sayuran dan ulam-ulaman (kecuali sayur berkanji) seperti sawi, kailan, bayam, kubis, kangkung, terung, bendi, salad, peria, pucuk paku, bendi, tomato, dan cendawan.
  • Perasa dan perencah seperti halia, cuka, daun pandan, serai, bawang putih dan merah, serbuk kari, kunyit, dan cili.
  • Minuman (panas atau sejuk) seperti kopi atau teh o atau air limau tanpa gula, teh herba, air mineral, dan sup cair.

Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Ibu hamil yang mempunyai kencing manis perlu mengambil 2000kcal sehari bagi memastikan ibu dan kandungan sihat. Berikut merupakan menu sarapan, tengah hari, dan makan malam yang perlu diambil:

Sarapan pagi

  • 2 keping roti bijirin penuh
  • 1 biji telur rebus
  • 1 gelas susu rendah lemak

Minum Pagi

  • 1 keping karipap
  • 1 gelas air kosong

Makan Tengah Hari | Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

  • 1 ketul dada ayam masak sup
  • 1 ½ cawan nasi
  • ½ cawan bayam goreng
  • ½ biji buah jambu batu
  • 1 gelas air kosong

Minum Petang

  • 3 keping biskut berlemak
  • 1 gelas air kosong

Makan Malam

  • 1 ½ cawan nasi
  • 1 ekor ikan kembung asam pedas
  • ½ cawan sawi goreng
  • 1 potong tembikai susu
  • 1 gelas air kosong

Minum Malam

  • 1 gelas susu rendah lemak

 

Menu Diet Ibu Hamil yang Diabetes

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian mengenai menu diet ibu hamil yang diabetes ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca lebih banyak info yang berguna tentang tips-tips keibu-bapaan. Selain itu, terdapat banyak lagi artikel-artikel yang menarik di blog Lunatots ini.

Klik di sini untuk baca.

Sekian daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply