You are currently viewing Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran
Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran

Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran

Baru-baru ini dikhabarkan, putera sulung Niena Baharun gemar baca al-Quran. Melihat telatah kecomelan anak lelaki pelakon terkenal itu, memang mencuit hati semua orang tidak kira rakan artis atau netizen.

Putera sulung yang bernama Adiel Mikael itu telah dilahirkan pada 24 Oktober 2018 dan kini telah berusia 3 tahun. Cik Min tertarik dengan namanya, Adiel Mikael memang unik dan sedap didengar!

Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran
Niena Baharun bersama Adiel Mikael

Inspirasi Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran:

Menerusi laman web Kosmo.com berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh Niena Baharun di laman Instagramnya berkata, setiap kali Adiel bangun daripada tidur, sudah menjadi rutin anaknya itu akan mencari al-Quran atau yasin walaupun baru berusia tiga tahun. Ini dapat dilihat berdasarkan kapsyen beliau:

“Bangun pagi mesti cari al-Quran atau yasin. Dah jadi seperti permainan kegemaran dia. Ke mana-mana mesti kena bawa. Walaupun Adiel baru sahaja masuk tiga tahun dan masih belum lancar bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju dia boleh pickup (cepat belajar).”

Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran merupakan anugerah daripada Allah SWT, katanya lagi.

“Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah.”

Menerusi satu perkongsian video baharu oleh Niena Baharun di dalam Instagramnya, kelihatan Niena sedang mengajar anaknya membaca surah-surah tiga Qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Naas.

Gambar Adiel dan Alyssa

Niena telah mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Selain Adiel Mikael, Niena dan suaminya juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Alyssa Marissa yang kini berusia setahun. 

Adiel Mikael dan Alyssa Marissa

Puteri kesayangan Niena Baharun yang diberi nama Alyssa Marissa tersebut, dilahirkan pada tarikh yang sama seperti Adiel Mikael iaitu pada 24 Oktober 2020. Cik Min rasa senanglah nak sambut hari lahir nanti kan, tarikh yang sama pula tu!

Sementara itu Cik Min lihat rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja mereka dan memuji Adiel Mikael. Antara komen di laman Instagram:

“Alhamdulillah, good boy Adiel” – Eina Azman

“Ustaz Hensem ni” – Netizen

Cik Min doakan semoga Adiel dan Alyssa membesar dengan baik, dikurniakan ilmu yang bermanfaat, diberi budi pekerti yang mulia dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Ibu bapa di luar sana juga boleh mengambil ikhtibar dan mengajar anak-anak anda supaya mereka lebih suka membaca al-Quran. Diharapkan artikel Putera Sulung Niena Baharun Gemar Baca al-Quran ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tipstips keibubapaan, sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca artikel yang menarik.

Klik di sini untuk baca artikel mengenai Love Language Ibu Bapa.

Sekian sahaja daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply