You are currently viewing Bagaimana Mengatasi Masalah Anak Tak Mahu Makan
Kadang-kadang anak tidak mahu makan makanan yang disediakan

Bagaimana Mengatasi Masalah Anak Tak Mahu Makan

 

Bagaimana Mengatasi Masalah Anak Tak Mahu Makan

Anak tak mahu makan ? Asyik minum susu tepung sahaja? Dapatkan pandangan Dr Suriyakhatun, 29 Oktober 2014

Ikuti beliau di Facebook di link ini

Anak tak mahu makan

Cara Mengatasi Masalah Anak Tak Mahu Makan

Rupanya ramai anak-anak dalam umur 2-6 tahun yang masih minum susu berbotol-botol yang tidak ada selera makan dan tak kurang juga yang kuat makan dan gemuk .

 

Yang Pertama #1 Hentikan Botol

Saranan saya yang pertama bagi menangani situasi ini adalah hentikan botol .

Saya akan dapat respons begini :
Saya tak tahu macam mana nak hentikan, nanti dia mengamuk .

Ibubapa kena belajar untuk berfikir . Ibubapa kena tahu teknik memujuk tanpa berkeras, ibubapa kena belajar guna psychology untuk anak ikut cakap ibubapa bukan ibubapa ikut cakap anak .

 

Kedua #2 Be in Charge

Selalunya saya akan dapat respons: Susah nak hentikan gula-gula dan jajan doktor , dia mengamuk nanti terus terguling dipasaraya kalau tak bagi . Saya memang selalu kata tak boleh tapi bila dia sudah mengamuk saya pun beralah .

Beginilah keadaan : Siapa dia yang ketua rumah tangga? Anaklah ketua kalau begini.

Anak nakkan ibubapanya yang in charge, bukan dia yang in charge, anak nakkan boundaries , bukan dia nak ikut suka dia .

 

Bila apa yang dia nak walaupun ibubapa mulanya kata tak boleh lepas itu jadi boleh, anak itu menjadi insecure dan tidak kenal boundaries dan menjadi lebih nakal , tambah pula makanan tidak berkhasiat atau yang merosakkan penghazaman diberi .

Kalau anak mengamuk nakkan sesuatu, jangan beralah dan jangan marah. Teruskan berkata padanya dengan lembut, tak boleh, sebab tak bagus. Pujuk dengan benda lain yang baik . Janjikan sesuatu yang bagus dan tunaikan janji, jangan bohong .

Jangan sekali-kali beralah sebab bila beralah, anak akan belajar bahawa mengamuk itu cara nak dapatkan apa yang dia nak .

Ketiga #3 Adakan time frame

Contohnya : “Bila adik umur 5 tahun adik akan kesekolah kan ? Bila sudah kesekolah kena minum dalam cawan ya ?”

Beritahu dia selalu dan ulang selalu dan bila sampai masanya terus lakukan , jangan tukar fikiran .

Satu lagi jawapan yang saya selalu dapat. ” Kesian anak saya lapar kalau saya tak berikan susu , dari tak makan saya beri lah juga susu ”

 

Wahai ibuku sayang, kalau dia dah kenyang dengan susu macam mana dia nak makan . Biarlah dia rasa lapar dulu, perut dia kosong, barulah dia nak makan !

 

Begitulah juga bayi yang baru keluar hospital dimana nurse telah biasakan dia dengan botol susu .

Anak ini akan mengamuk bila ibu cuba berikan susu badan dan tidak mahu hisap . Berhenti usaha seketika dan cuba lagi .

Bila anak ini sudah betul-betul lapar dia akan minum juga walaupun susah sebab dia tahu dia tak ada pilihan lain .

 

Senang hisap susu botol dari susu badan , anak kena usaha lebih untuk susu badan dan naluri anak adalah nakkan yang senang tetapi hakikatnya susu botol tidak memberi cukup exercise pada otot mulutnya dan betuk muka serta otot mulutnya mungkin tak dapat berkembang dengan baik dan ini boleh menjejaskan kecantikan wajahnya serta pertuturannya.

 

Susu dalam botol susu itu pun tidak sebaik direct feed walaupun susu ibu sekalipun sebab tak sesegar susu direct feed .

Belum lagi topik makanan nutrient dense, sebab teringat tentang psychology anak . Ingat ya ibu bapa , siapa dia ketua rumah , ibubapa atau anak ?

Leave a Reply