+6010-241 4050 | info@lunatots.com
Cara Guna Cloth Diapers

Cara Guna Cloth Diapers

Cara Guna Cloth Diapers

Salam sejahtera Cik Luna ucapkan kepada semua pembaca! Artikel kali ini berkaitan dengan “Cloth Diapers” dan “Cara Guna Cloth Diapers”

Pengenalan Kepada Cloth Diapers

Cloth diapers, atau lampin kain pada umumnya sangat dikenali sejak zaman dahulu lagi.

Apa yang menjadikan ia berbeza mengikut zaman adalah reka bentuk yang berevolusi sejajar dengan peredaran masa. Teknologi dan ciptaan yang semakin canggih menjadikan cloth diaper juga semakin moden.

Kalau dulu-dulu ibu anak kecil perlu mengikat tepi lampin kain putih itu atau guna pin besar, sekarang ada pelbagai jenis ciptaan; daripada guna velcro hingga lah kepada pengunaan butang pelbagai corak dan warna.

Bila Cik Luna sebut ikat tepi lampin kain….bukan macam order teh tarik bungkus ikat tepi ya. Sedap minum teh “beng” masa-masa ni kan. Jaga-jaga BF mama di luar sana. Kafein tu~

Eh. Jauh pulak Cik Luna menyimpang ya 😆

Jenis-jenis Cloth Diaper

Ada bermacam-macam jenis cloth diaper, terutamanya yang moden.

Laman web dari Nerdymoms.com ini bagi Cik Luna adalah yang paling terperinci dengan penerangan dan jenis-jenis cloth diapers moden yang berada di pasaran.

1# Kalau Cik Luna cuba rumuskan daripada artikel ini, antara jenis cloth diaper dari segi reka bentuk yang ada ialah:

  1. All-in-one (AIO) diaper
    “insert” bersambung dengan cover |+| rekaan yang paling hampir dengan disposable diaper |+| paling mudah digunakan tapi paling lambat kering bila dibasuh |+| bila ada najis kena tukar keseluruhan diaper
  2. All-in-two (AI2) diaper
    rekaan lebih kurang sama dengan AIO |+| perbezaan dengan AIO; bahagian “insert” boleh dikeluarkan dan dibasuh berasingan
  3. Pocket diaper
    ada pocket opening untuk “insert” |+| perbezaan dengan AI2; bahagian “insert” ada atau mungkin tiada butang “snap” untuk dilekatkan bersama dengan cover seperti AI2
  4. Flats and prefolds diaper
    jenis lama / old school yang kena ikat tepi atau letak pin besar
  5. Fitted diaper
    ciri yang paling utama, fitted diaper tak pakai cover PUL / TPU

2# Manakala jenis cloth diaper dari segi “Cover and Closure Options” (pilihan dan material untuk penutup luar) adalah seperti berikut:

  1. PUL (Polyuthane Laminate) / TPU (Thermoplastic Polyurethane)
    PUL=laminated fabric bersifat kalis air || TPU =heat-reactive plastic bersifat kalis air, sangat nipis dan sangat regang seakan-akan sehelai kain yang nipis
  2. Wool
    diperbuat daripada bulu biri-biri || bersifat kalis lembapan || material “insert” paling digemari tetapi paling mahal || perlu basuh dengan cara yang tertentu dan teliti || perlu di “lanolize” || “lanolize” sering dikaitkan dengan isu kesihatan kerana penggunaan “lanolin” yang dikatakan membahayakan kesihatan
  3. Snaps / Hook & Loop
    snaps =butang boleh laras || hook & loop =velcro
  4. Jenis cloth diaper dari segi saiz juga berbeza, iaitu:
  1. Newborn
    bersaiz kecil || berat bayi dalam lingkungan 6 lbs-10 lbs atau 15lbs maksimum || bahagian depan mempunyai satu barisan “snap” untuk diselaraskan rendah untuk mengelakkan daripada tersentuh tali pusat bayi yang baru lahir yang masih sensitif
  2. One size diaper
    saiz lebih besar || berat bayi dalam lingkungan 8 lbs-35 lbs || bahagian “snaps” ada 3-4 barisan untuk diselaraskan seperti saiz disposable diapers seperti S, M, L dan XL

3# Satu lagi klasifikasi cloth diaper adalah material untuk “insert”, iaitu jenis cloth diaper dari jenis fiber yang digunakan:

  1. Microfibre
    sangat tebal dan gebu || sangat cepat menyerap lembapan || kalau diramas air pun keluar cepat || tak boleh digunakan secara direct contact dengan kulit bayi, perlu dimasukkan ke dalam CD
  2. Cotton
    natural fibre || kebolehan menyerap lembapan yang lebih tinggi dan lebih padat daripada microfleece, tetapi terlalu senang untuk bergerak setempat (ibarat spender, kan boleh salah parking 😆)
  3. Bamboo
    natural fibre || kebolehan menyerap lembapan yang lebih tinggi daripada cotton, tetapi lambat
  4. Charcoal Bamboo (CB)
    not so natural fibre (bamboo fabric that has been embedded with nanoparticles of charcoaled bamboo) || komponen anti microbial dan anti bacterial di dalamnya menjadikan CD kurang berbau
  5. Hemp
    natural fibre || ada komponen anti-microbial || kebolehan menyerap lembapan yang paling tinggi tetapi yang paling lambat menyerap || selalunya digabungkan dengan material cotton untuk mempercepatkan proses penyerapan tersebut
*insert=tujuannya untuk menggantikan “wood pulp” dan gel yang ada di dalam disposable diaper (lampin pakai buang) dan berfungsi untuk penyerapan

Kalau rasa tak cukup membaca daripada Nerdymom.com ni, anda juga boleh cuba membaca artikel berkaitan dari sini, Thehumbledhomemaker.com

Lunatots’ Cloth Diaper (CD) adalah jenis Pocket diaper with PUL cover, snaps, hook & loop closure (velcro) options, one size diaper and microfibre insert. Maka, Cik Luna akan bercerita dengan lebih lanjut tentang CD jenis ini 😉

Lunatots’ Cloth Diaper (CD)

Idea untuk mencipta CD keluaran Lunatots ini adalah hasil daripada pengalaman pengasas Lunatots itu sendiri, iaitu Puan Suraya Ali. Nekad untuk memberikan yang terbaik untuk anak lelaki beliau yang mempunyai kulit sensitif, dan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar yang menebal, maka terciptalah produk Cloth Diaper keluaran Lunatots.

Lunatots' Cloth Diapers

Malaysian Cloth Diaper Lunatots
CD with microfibre inserts

Anda boleh membaca dengan lanjut sejarah penciptaan dan pengalaman Puan Suraya Ali dengan Lunatots’ CD di link Lunastory.info ini.

Cara Guna Cloth Diaper

Sekali lagi, cara penggunaan CD keluaran Lunatots ini telah pun diceritakan oleh Puan Suraya Ali di dalam entri blog terdahulu. Versi yang ditulis di sini adalah versi yang telah diringkaskan untuk pembaca semua.

Suraya Ali

Di dalam entri blog beliau terdahulu, ada 2 bahagian cara; siang dan malam

Untuk siang…(1 insert = 3 – 4 jam, estimate bila dah berat)

Untuk malam…(2 insert = 8 jam)

Sehari dalam 6 keping CD. Kenapa 6? Baby buang air dalam 6 kali (optimum).

1# Masukkan insert ke dalam pocket CD

CD's inner side
Bahagian dalam CD (1 poket)

 

Seperti yang telah dinyatakan, bilangan insert ikut siang atau malam. Disebabkan insert ini jenis microfibre, anda perlu diingatkan supaya tidak membuat direct contact (sentuh secara langsung) material ini dengan kulit anak anda. Sebabnya, microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan dan merah merah.

*Untuk kulit kategori sensitif, dinasihatkan untuk menukar insert microfibre ke insert bamboo.

2# Selaraskan mengikut saiz yang sesuai

Lihat gambar di bawah ini.

Cara pakai CD dengan adjust size
Velcro – bahagian pinggang; Row 1, Row 2, Row 3 dan Row 4

Saiz S (yang paling kecil) ialah dengan menyambungkan butang di Row 1 dan Row 4 (end-to-end).

Saiz M pula dengan menggabungkan butang di Row 1 dan Row 3.

Manakala saiz L ialah gabungan butang di Row 1 dan Row 2.

Saiz XL adalah dengan tidak membutangkan ia langsung.

Selaraskan saiz pinggang dengan velcro mengikut keselesaan anak anda.

One sized CD S to XL

Ada faham? Atau masih blur-blur lagi? 😆

Cara Basuh Cloth Diaper Yang Baru

1# CD yang baru dan belum digunakan perlu dibasuh dan direndam dahulu

Semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sekurang kurangnya 3 kali dengan air paip biasa (tanpa sabun) sebelum menggunakannya.
Ianya adalah untuk mendapatkan kuasa penyerapan maksimum daripada CD tersebut.

*batuk*batuk*bajutudungtualabarupunbasuhdulubasuhmacamnitaknakbagirosaktakkantakbolehkotttt*batuk*batuk*(◔_◔)
CD direndam
Gambar CD direndam.

2# Selepas rendam, boleh di rinse menggunakan mesin basuh

3# Jemur CD sehingga kering

 

Cara Basuh Cloth Diaper Yang Dah Digunakan

reaksi nak termuntah
Tak payah nak termuntah-muntah lah. Anak sendiri punya kot…(◔_◔)

Hehe…Cik Luna gurau je 😉

Anyways….

1# Siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl (gambar di bawah)

siramkan air ke CD

2# Selepas itu, anda boleh membilas CD yang terkena air kencing dan air besar tersebut sehingga hilang baunya (gambar di bawah)

membilas CD sehingga hilang baunya

3# Masukkan ke dalam mesin basuh (masukkan ke dalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD)

  • Better safe than sorry, kan?
  • Elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian pada inner (bahagian dalam) CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
  • Sekiranya warna najis tidak hilang, warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine (letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya dan buat ‘soak mode’ selama 8 jam.

letak CD didalam laundry bag

4# Dah basuh, jemurlah ia 😆

  • Seeloknya, jemur bawah kipas. Cepat sikit kering. Tambahan pula, matahari sekarang terik sangat. Nanti pudar cepat warna-warna striking CD tu.

seeloknya jemur CD bawah kipas

Mitos: CD perlu dibasuh setiap hari untuk diguna semula, maka ianya leceh lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang gaya hidupnya sentiasa mengejar waktu.

Hakikat: Tidak semestinya. Anda boleh rujuk juga veteran-veteran pengguna CD ataupun group-group sokongan CD. Anda akan jumpa satu konklusi yang sama iaitu ianya tidak perlu dibasuh setiap hari.

 

Selepas dibersihkan dan dibilas bahagian yang terkena kotoran, boleh samada diletakkan di dalam bekas yang tertutup ataupun diikat di dalam laundry bag kalis air dan sebagainya.

Tempoh masa menyimpan adalah lebih kurang 3-4 hari. Kemudian, basuh dengan batch-batch CD yang lain.

Namun, jika anda memilih untuk membilasnya terus, anda memang seorang yang hebat. Cik Luna beri tabik hormat kepada anda yang tabah. Moga-moga tangan anda menjadi sado persis Lara Croft (Angelina Jolie).

Eh.

mari jadi sado berjemaah
“Mari jadi ibu sado berjemaah”

 

“Kalau nak hantar anak ke rumah pengasuh? Ada tips-tips tertentu tak?”

  • Hanya perlu minta pengasuh / nanny memasukkan CD yang telah digunakan ke dalam beg plastik (untuk ANDA yang basuh sendiri yaaa…..hohohoooooo)
  • Bekalkan CD ke sana dalam 4 keping (Siang. Rujuk penulisan di awal tadi)

Pros and Cons; Isu-isu Semasa Berkaitan Dengan CD

1# Penggunaan CD dapat mengurangkan kos dari segi ekonomi.

Try la kira beza beli dalam 6-10 keping CD sekali beli untuk dipakai selama 2 tahun dengan disposable diapers. Di dalam artikel terdahulu ini (link), Puan Suraya buat pengiraan sekitar tahun penulisan itu ditulis (2008), tapi lebih kuranglah. Tambah-tambah sikit ikut harga pasaran disposable diapers sekarang.

“Eh, basuh CD pakai air berapa gelen? Tak membazir ke?”

Ibu skeptik 1.

Hmmmmmmmmmm~

Betul. Tapi tengok point no 2#. Jimat penggunaan plastik juga kan kalau pakai CD?

Tambahan pula, bagaimana anda menggunakan air tersebut? Don’t let it running when you paused to scrub ke kan, baru jimat. Betul tak?

Not just on this issue. Ever heard about “taking reasonable care” for every action?

Eh. 😉

2# Penggunaan CD dapat menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik

Go Green” gituuu…….

“Eh, basuh CD pakai detergen juga kan? Go Green ape bendanyaaaaa…..”

Ibu skeptik 2.

 

Zaman sekarang, susah nak jumpa orang basuh direct dekat sungai ke kan? Kalau basuh di toilet, bukan ke Ind*h Water dah treat air tu kan? Sampai bil kita bayar juga kepada mereka untuk servis tersebut, bukan?

Reasonable care for every action.

3# Pakai CD tapi senang bocor

Cuba check kemas tak butang atau velcro tu. Kalau tak boleh juga, tambah insert. Insert yang ditulis diatas tadi adalah jumlah optimum untuk kebanyakan bayi.

Kalau si kecil masih lagi beratnya 18kg dan ke bawah, InsyaAllah OK lagi nak guna.

Again, reasonable care.

4# Tak sesuai untuk gaya hidup yang pantas, tergesa-gesa

Betul. Jimat, tapi hati kena kental la nak basuh-basuh ni. Disposable diapers, dah guna, buang je kan.

Namun, ibu bapa zaman sekarang adalah orang yang celik IT dan tinggi ilmunya. Anda mampu membuat pertimbangan.

Kalau dalam prinsip ekonomi, kalau tak silap something about opportunity cost.

Or, lose something in order to gain something. There is no such thing as a perfect world, isn’t it?

You decide, okay?

Pro tips: Nekad membasuh CD dengan meletakkan azam yang kuat dengan menghipnosis diri sendiri “Saya boleh basuh!” “Jimat duit!” “Jimat plastik!” “Bulan ni nak restock Milk Story oiiiii!”

Gurau je. Haha 😆

But jokes aside, the power of the word is something, isn’t it?

Kesimpulan

Penggunaan CD mampu mengurangkan kos dari segi ekonomi dan mengurangkan penggunaan plastik.

Bagi ibu bapa yang kuat semangat untuk nekad tidak menggunakan disposable diapers dalam jangka masa yang lama dan sanggup bersusah demi anak yang tercinta, CD adalah untuk anda.

Kalau tak konsisten atau Istiqamah, try pakai waktu siang atau malam pun tidak mengapa.

Kerana anak ku turutkan. Eh.

Sekian dari Cik Luna. Kita bertemu lagi di entri blog yang lain ya~

Jika anda mahu mencuba produk TMS, CD ataupun mengetahui promosi-promosi semasa, anda boleh melayari Facebook Lunatots, Facebook The Milk Story ataupun Instagram Lunatots dan The Milk Story.

Untuk belian secara online, anda boleh klik di sini.

Ataupun belian secara terus di Lunatots dengan mesej WhatsApp Hotline Lunatots.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart