You are currently viewing Maksud Warna Hingus Bayi
Maksud Warna Hingus Bayi

Maksud Warna Hingus Bayi

Sebagai ibu bapa anda perlu tahu maksud warna hingus bayi. Hal ini dapat memudahkan anda mengetahui selesema yang dialami oleh anak anda, sama ada ianya teruk ataupun tidak. Kebiasaannya, bayi akan selesema dan berhingus kadang-kadang tu sampai meleleh-leleh. Risau pula dibuatnya!

Jadi, hari ini Cik Min nak kongsikan dengan ibu bapa di luar sana tentang maksud warna hingus bayi. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada laman Instagram Lunatots.

Maksud Warna Hingus Bayi
Gambar sekadar ilustrasi

Kenali Maksud Warna Hingus Bayi

Menerusi laman web Majalah Pama menyatakan walaupun bayi mengalami selesema sedikit sahaja, ia masih boleh menganggu penafasan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bayi yang berumur 0 hingga 2 tahun hanya boleh bernafas menggunakan hidung sahaja atau lebih dikenali sebagai obligatory nasal breather! Bayi tidak pandai membuka mulut untuk bernafas melaluinya seperti orang dewasa sekiranya mereka mengalami hidung yang tersumbat.

Jadi, sebagai langkah keselamatan ibu bapa mesti tahu maksud di sebalik warna hingus bayi ketika bayi mengalami selesema. Terdapat 5 warna hingus bayi iaitu:

Warna Cerah Lutsinar atau Putih

Jika warna hingus anak anda berwarna cerah lutsinar atau putih ia merupakan perkara biasa dan ibu bapa tidak perlulah terlalu risau. Ibu bapa perlu memastikan anak minum air yang secukupnya dan memberi sumber pemakanan yang kaya dengan vitamin C kepada mereka seperti buah oren atau limau.

Warna Kuning

Ibu bapa perlu berhati-hati sekiranya warna hingus anak berwarna kuning. Ia mungkin berlaku disebabkan jangkitan kuman. Ibu bapa perlu memastikan bekalan ubat demam ada di rumah dan memantau keadaan anak anda. Sekiranya berlarutan selama 2 minggu atau lebih, ibu bapa perlu membawa anak anda berjumpa doktor untuk tindakan lanjut.

Warna Hijau

Sekiranya hingus bertukar kepada warna hijau pada awal pagi pula, ibu bapa tidak perlu risau. Ibu bapa perlu membawa anak berjumpa doktor sekiranya ia berterusan sepanjang hari sehingga menganggu anak untuk bernafas.

Warna Oren, Merah atau Coklat

Andai warna hingus bayi menjadi warna oren, merah atau coklat ia mungkin disebabkan adanya pendarahan di dalam hidung. Oleh hal yang demikian, hingus telah bercampur dengan darah dan menghasilkan warna oren, merah atau coklat. Selain itu, ia mungkin terjadi disebabkan kulit sebelah dalam hidung anak anda menjadi kering sehingga luka dan berdarah. Sekiranya ia menyebabkan darah yang sedikit ia masih boleh dikawal namun jika darah mengalir berterusan, ibu bapa mesti segera bertindak!

Warna Hitam dan Kelabu

Jika warna hingus anak anda berwarna hitam atau kelabu, ini menandakan anak anda berada dalam kawasan yang tercemar dan kotor. Ia disebabkan anak anda mungkin terhidu asap rokok, debu kotor, habuk dan sebagainya. Ibu bapa perlu memastikan rumah yang didiami berada dalam keadaan yang bersih dan tidak memegang anak selepas merokok. Pastikan basuh tangan terlebih dahulu ya? Asap rokok boleh melekat pada baju dan ia amat berbahaya kepada anak anda!

Sebagai ibu bapa, anda perlulah lebih peka tentang warna hingus bayi anda dan cara untuk merawat selesema mereka. Semoga informasi tentang maksud warna hingus bayi ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana dan membantu anak anda membesar dengan sihat.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tipstips keibubapaan, sudi-sudilah singgah di blog Lunatots untuk membaca artikel yang menarik.

Klik di sini untuk baca artikel mengenai love language ibu bapa.

Sekian sahaja daripada Cik Min, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply